Saturday, 19 December 2015

Bisnes Bagaimana Nak Bermula?

Ketahui Langkah Demi langkah

Ketahui Cara dan langkah demi langkah dalam mengatur langkah mencapai apa yang dicita-citakan atau apa yang anda impikan selama ini..Bersama dengan saya menyelami dan mendalami dunia bisnes..yang pastinya penuh dengan dugaan dan cubaan..tapi nak buat apa sekalipun mesti ada ilmu, tak ada ilmu apa pun tak jadi..walaupun hanya nak buat sebiji kuih, mesti kena ada ilmu punya, betul tak? kalau tak, tak berapa menjadi la kuih tu nanti..kalau jadi pun maybe tak kick or sama je dengan kuih orang lain huhu..So benda paling utama ialah Minat dan Ilmu..




Minat Yang Mendalam

Ok sebelum bermula kita perlu tahu apa minat kita or apa yang kita rasa seronok bila kita buat benda tu..kalau buat benda tu kita rasa happy je, tak stress pun, enjoy je walaupun susah tapi still seronok and tetap nak buat,sikit pun tak rasa terbeban..tu maknanya kita minat la tu huhu tapi kalau yang just main buat je cm paksa rela itu maknanya tak seronok la tu tapi terpaksa buat, betul tak?ish ish mana saya tahu ye?sebab saya pun rasa apa yang anda rasa huhu..

Ilmu Yang Perlu Dicari

Pernah dengar tak ada orang kata "jual je di internet confirm laku and mesti ramai yang nak beli" betul jugak tu tapi setakat manala sangat..kadang-kadang tu langsung tak laku..bazir masa je..namun ada juga yang berjaya, mungkin nasib dia baik tapi tak semua macam tu..namun, amat berbeza dengan orang yang ada ilmu dalam bisnes, cara penjualannya pun sudah jauh berbeza, cara promosi, cara layan customer , gambar dan kata-katanya semuanya berlainan..kerana apa?kerana dia ada ilmu dalam menjalankan bisnes..betul tak?Tak percaya?Cubala perhati sendiri..So jangan takut untuk melabur demi ilmu yang berguna untuk diri dan bisnes anda..Mana saya tahu?huhu sebab saya pun dah mula join kelas bisnes..




Berani dan Jangan Takut

Risiko, untung, rugi, ujian dan dugaan ini adalah asam garam dalam menjalankan sesebuah bisnes..betul tak?hata makcik yang nak jual karipap pun kena berani tanggung risiko..buat 30biji karipap yang terjual 20biji je..ada 10biji lagi..mana nak letak?nak buang sayang, nak simpan takut basi so nak tak nak kena habiskan sendiri or bagi je la kat orang lain niat sedekah..walaupun duit tak dapat tapi pahala dapat..okla tu dapat jugala dari membazir macam tu je..tapi takkan hari-hari nak bagi sedekah yang tak terjual tu?so kita kena kreatif and berfikir la sikit serta perlu ubah apa yang patut...ubah cara jualan ke, ubah or tambah bahan dalam resepi karipap tu sendiri ke, ubah gerai ke tempat yang lebih strategik ke so macam-macamla yang perlu difikir dan diubah..

Bila Nak Mula Ye?

Apa tunggu lagi? Mulakan langkah anda sekarang juga..lebih cepat anda bermula lebih cepat anda berjaya..lambat anda bermula lambatlah anda berjaya..langsung tak mula-mula, langsung tak berjaya huhu..so jangan tangguh-tangguh lagi mulakan sekarang..jangan takut dengan risiko, sebab apa pun yang anda buat memang berisiko..Takut nak mula dengan langkah yang besar?just mulakan dengan langkah yang kecil..sebab dengan langkah yang kecil maka akan terjadilah dengan sendirinya susunan langkah demi langkah..So nanti anda akan tahu apa yang nak dibuat seterusnya..So apa tunggu lagi?Kang dah mula bolelah kongsikan dengan saya ye..sebab saya pun baru sahaja bermula..percayalah ianya memang sebuah langkah yang menyeronokkan.. :)


~ Nantikan update terkini dari saya khas buat mereka yang ingin tahu tentang bisnes ye... 
~ Jangan Lupa LIKE Instagram saya : Aisyies
~ Jangan lupa juga LIKE Facebook saya : www.facebook.com/Aisyies 
~ Pergilah melawat Web Page saya : www.Aisyies.com
~ Ikuti perjalanan Butik Online Aisyies mencipta namanya tersendiri dan Rebutlah Peluang       
     Memenangi Hadiah-hadiah Istimewa Khas daripada Aisyies.. 

#AisyiesAStyleForEveryStorie


Monday, 4 May 2015

Kenapa Ibu Berpantang Meroyan?

Ketahui Gejala Meroyan atau Kemurungan posnatum

Kenapa ibu-ibu yang berpantang mudah terdedah kepada stress atau disebut juga meroyan? Meroyan atau kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang biasa yang sering melanda ibu-ibu yang sedang berpantang ianya adalah disebabkan perubahan hormon secara mendadak di dalam badan kita. Dianggarkan lebih kurang 80% ibu-ibu berpantang mengalaminya selepas melahirkan anak. Kebanyakkannya beransur pulih dan ada juga yang berpanjangan serta terus kekal lamanya.

Baby Blues juga kadang kala di salah ertikan sebagai meroyan, walau bagaimanapun ianya adalah dua perkara yang berbeza. Jika hari-hari pertama kelahiran anda merasakan yang anda letih yang teramat sangat, merasa tertekan, muram dan lesu serta sering menangis itu tandanya anda mengalami simptom Baby Blues. Namun jangan terlalu risau kerana ianya tidak terlalu serius dan akan beransur pulih serta anda akan merasa lebih sihat pada hari-hari yang berikutnya. walau bagaimanapun meroyan dan Baby Blues adalah dua perkara yang berbeza ini kerana meroyan merupakan penyakit yang perlu dirawat dan memerlukan rawatan yang betul untuk menyembuhkan.



Meroyan Mengikut Pandangan Islam

Apabila badan kita terlalu lemah dan penat, di tambah pula kita di dalam keadaan yang bernajis (darah nifas) maka pendamping yang paling dekat ialah syaitan. Jadi perlu diingatkan bahawa ibu berpantang perlulah menjaga kebersihan diri dan mencuci darah kotor dengan sebaiknya. Jangan dibuang pad atau kain yang terkena darah tanpa dibasuh kerana syaitan memang sukakan benda-benda yang kotor.

Walaupun ibu berpantang tidak boleh solat namun, amatlah digalakkan untuk berzikir supaya kita sentiasa mengingati Allah dan tidak lalai serta tidak melayan perasaan stress yang hadir supaya diri dapat dilindungi.

Dengarkan di radio atau di hand phone alunan ayat-ayat suci Al-Quran di waktu pagi dan di waktu petang, selain untuk mengelakkan diganggu jin dan syaitan, ia juga dapat memberikan ketenangan buat ibu berpantang dan bayi anda. Kadang kala si suami sendiri perlu prihatin dan dapat membacakan ayat-ayat suci Al-Quran atau doa buat isteri dan baby. 

Suami dan ahli keluarga terdekat perlu peka dengan sikap ibu berpantang, sebarang perubahan negatif perlu diberi perhatian sewajarnya.

Suami dan ahli keluarga juga perlu memberi sokongan dari segi fizikal dan emosi. Perlu sentiasa menasihati ibu berpantang agar terus tabah dan kuat untuk menghadapi tempoh berpantang dan melayani kerenah bayi yang baru dilahirkan, kerana bayi juga memerlukan masa untuk menghadapi keadaan persekitaran dan alam yang baru buat mereka. 


Doa untuk diamalkan

Bagaimana nak tahu diri saya mengalami meroyan?

Tanda-tandanya adalah berbeza bagi setiap ibu berpantang, antara simptom-simptom awal yang mungkin dialami ibu berpantang ialah :
  • Muram
  • Rasa sunyi
  • Rasa berputus asa
  • Gelisah
  • Merasa bersalah
  • Sering menangis
  • Penat yang teramat sangat
  • Rasa terperangkap
Selalunya ibu berpantang akan mengalami satu atau lebih simptom pada masa-masa tertentu, tapi jika anda merasakan yang anda tidak berdaya langsung dan perasaan itu tidak beransur pulih dan reda sedikit demi sedikit dan tidak berkurangan, besar kemungkinan yang anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum.

Apa yang menyebabkan ibu berpantang Meroyan atau Kemurungan Posnatum?

Tiada kajian khusus yang boleh menyatakan kenapa ia menyerang sesetengah wanita sahaja, namun mengikut kajian pakar antara puncanya adalah kekurangan hormon selepas bersalin dan perubahan hormon pada badan ibu berpantang.

Ibu berpantang juga merasa tertekan dengan perubahan persekitaran yang baru yang membuatkan ibu berpantang merasa letih untuk berhadapan dengan tugasan baru meraka dan diambah pula perlu melayani bayi yang sering menangis.

Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu dan kemurungan semasa hamil  juga adalah faktor terjadinya meroyan di samping kurangnya sokongan suami dan ahli keluarga terdekat.

Bahaya jika tidak dikawal 

Walaupun Meroyan atau Kemurungan Posnatum adalah perkara biasa bagi ibu berpantang namun jika tidak ditangani dan dirawat pada awalnya ia boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan bayi sehingga ada yang bertindak sehingga mencederakan.

Suami atau keluarga terdekat perlu peka terhadap keadaan kesihatan ibu berpantang serta perubahan pelik. dan jika didapati keadaan pesakit semakin serius, adalah dinasihatkan pesakit dibawa ke hospital dengan keadaan segera.

Kaedah rawatan

Jika didapati keadaan ibu berpantang berubah dan ianya tidak boleh dikawal, rawatan awal seperti pengambilan ubat-ubatan adalah diperlukandan bagi mengimbangi hormon.

Jika keadaan pesakit semakin serius, adalah dinasihatkan pesakit dibawa terus ke hospital dengan keadaan segera, supaya boleh dibantu.

Sekiranya keadaan ibu berpantang semakin serius, masalah akan dirujuk ke bahagian psikiatri untuk diambil tindakkan bagi membantu pesakit tersebut.

Adakah pengambilan suplemen membantu mengatasi meroyan?

Ya, ianya benar-benar membantu menangani masalah meroyan di kalangan ibu berpantang.

Vitamin B Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap yang mampu membantu memelihara kesihatan anda. Pengambilan vitamin B contohnya mampu menghasilkan hormon serotonin yang mampu membantu mengurangkan stress, meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa marah. Manfaat utama vitamin B ialah melawan tekanan iaitu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus dapat meredakan tekanan, kemurungan dan insomnia.


Gla complex -  Sangat-sangat membantu memperbaiki dan memperbetulkan hormon wanita selepas bersalin supaya kembali normal.Gla Complex  mampu membentuk prostaglandin yang bertindak mengawal selia hormon perempuan mahupun lelaki.




Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian di bawah :


Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin







Thursday, 16 April 2015

Panduan Memilih Set Bersalin Terbaik

Sangat-sangat Teruja..

Pastinya ibu-ibu di luar sana sangat teruja nak sambut kelahiran insan tersayang dan teristimewa dalam hidup ini. Tambah-tambah yang pertama kali bakal bergelar ibu, tentu dah tak sabar sangat-sangat nak sambut orang baru, betul tak? Saya yang nak sambut anak yang ke tiga ni pun rasa excited juga huhu. Pelbagai persiapan sudah dibuat, macam-macam barang sudah dibeli, banyak juga majalah dan tips berguna sudah dibaca, ianya sebagai langkah dan panduan dalam mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum menyambut kehadiran cahaya mata yang sangat istimewa ini..saya juga ada menulis tentang Panduan dan persiapan sebelum ke Hospital untuk bersalin dan Panduan dalam memberikan nama anak yang baru lahir mengikut islam nanti jemputlah baca ya..

Dalam kesibukkan mencari barangan keperluan baby jangan dilupa barangan yang penting sekali yang perlu di ambil berat oleh kaum ibu iaitu set penjagaan selapas bersalin atau disebut juga set berpantang. Ini penting kerana sewaktu mengandung badan kita banyak kehilangan nutrisi dan kualiti kesihatan badan mula merudum, mungkin kita tak nampak tapi dah tua nanti kita la yang akan tanggung. Sakit pinggang la, gigi bergoyang la, gigi rapuh la, tulang mudah reput la, sakit lutut la, sakit punggung la, dan yang paling teruk datang pulak angin meroyan dan macam-macam lagi nak kena jaga dan ingat, jangan sesekali ambil mudah dan tak peduli. Sesibuk mana pun kita dengan tugas harian, kesihatan badan secara luar dan dalam perlu diutamakan, sebab badan ni nak pakai lama, bukan sehari dua.



Panduan Memilih Set Bersalin Terbaik

Ada beberapa panduan dalam mencari dan memilih set bersalin atau set berpantang yang terbaik, di sini saya kongsikan 6 tips dan panduan berguna untuk anda.

1. Dapatkan Info Produk -

Pastikan anda mendapatkan maklumat dan info produk terlebih dahulu, jangan main beli ikut orang je, sebab kesesuaian orang tak sama dengan kita. Carilah di internet, web, blog atau boleh tanya pendapat si penjual produk, tauke kedai ubat atau kawan-kawan. Kumpulkan maklumat produk terlebih dahulu. Jangan terpengaruh dengan jenama ye..

2. Mengikut Bajet -

Kenal pasti bajet anda terlebih dahulu, kalau dah tahu bajet baru boleh buat pilihan samada nak set bersalin mahal atau set bersalin yang lebih murah. Yang mahal selalunya barang di dalamnya lebih banyak dan lengkap, set bersalin yang murah pula barang di dalamnya sedikit tetapi masih praktikal digunakan.

Set Bersalin yang mahal selalunya didatangkan dengan bengkung, tungku dan kebanyakkannya boleh merampingkan dan menguruskan badan ketika proses berpantang.

3. Jimat -

Pilihla produk yang menjimatkan, bukan sahaja jimat wang tapi jimat masa kita, sebab ketika proses berpantang badan kita terlalu lemah dan letih serta sakit, baby pula perlukan perhatian dari ibu sebab baby pun ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru dan perlukan masa untuk menyusu (baby kerap menyusu). Jadi elakkan menggunakan produk yang mengambil masa yang lama sebab kita memang sibuk. Kalau ibu beranak sulong lagi la sibuk, boleh jadi huru-hara dibuatnya. Kalau ibu yang bersalin anak ke dua atau tiga pula lagila sibuk, sibuk nak melayan anak-anak yang lain sebab mereka pun perlukan perhatian kita. Jadi terpulangla kalau rasa boleh bahagi masa sebaiknya bolehla pilih yang bermacam-macam jenis di dalam set tersebut.

4. Berkesan -

Jangan lupa pilih produk yang berkesan, tanyala pendapat saudara-mara atau kenalan supaya anda boleh mengetahui keberkesanannya. Pilihla produk apa pun yang penting anda kena berdisiplin menggunakannya baru nampak kesannya, jangan seminggu dua je lepas tu produk tu entah campak ke mana huhu so kalau tanya pendapat saya elakkanla menggunakan produk yang renyah dan pelbagai jenis sebab bukan apa nanti kita juga yang susah nak istiqomah dan berdisiplin. So macam mana badan nak sihat dan kurus kalau tak ikut arahannya betul-betul? Last2 perut kita jugala yang menggelebeh dan buncit :(


Wednesday, 15 April 2015

Panduan Ke Hospital Untuk Bersalin

Oh Terujanya..


Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan ke hadrat yang Maha Esa kerana hari, masa dan waktu yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Hari ni ke Klinik dan Doktor menasihatkan agar saya dan suami membuat persiapan untuk menyambut insan baru dalam keluarga kami, sedar tak sedar kandungan saya dh nak masuk 8 bulan, syukur alhamdulillah. Sebenarnya yang ini anak ke tiga saya insyaallah namun rasa terujanya sama macam nak sambut anak yang pertama, maklumlah ini amanah daripada Allah jadi kita kena betul-betul menghargainya..abang dan kakaknya pun tak sabar dah nak sambut adik baru..

Jadi di sini ingin saya kongsikan bersama anda tentang tips dan panduan yang perlu dipersiapkan sebelum ke hospital. Panduan ini penting kerana ianya bagi memastikan proses kelahiran berjalan lebih lancar dan tersusun andai kata baby kita ni nak keluar lagi cepat sebelum tarikh due date nya, boleh jadi baby pun tak sabar nak jumpa kita huhu. Itu kalau bagi ibu-ibu yang bersalin normal,macam kes saya pula doktor memang dah bagi tarikh siap-siap supaya saya pergi mnyerah diri sebab saya memang dah confirm operation berikutan saya dah operation dua kali sebelum ini.

Panduan dan Tips

Barangan Keperluan Ibu


  Barangan Keperluan Baby

  


Senarai Brangan Keperluan Ibu


1. Buku Laporan Mengandung -

 Tak kirala anda kalau check up di Klinik Swasta ataupun di klinik kerajaan jangan lupa bawa buku yang dibekalkan pihak Klinik, ia penting untuk panduan pegawai perubatan yang bertugas bagi mengetahui perjalanan kandungan anda dan masalah yang dialami, supaya pihak hospital boleh membuat persedian yang rapi sebelum proses kelahiran.


2. Pakaian Ibu -

Pastikan anda membawa pakaian anda seperti baju t-shirt atau yang jenis berbutang(supaya senang nak susukan baby) dan kain batik untuk dipakai ketika pulang dari hospital. Sewaktu di dalam wad, sepasang pakaian akan diberikan setiap hari selama mana anda berada di hospital.

Sekiranya ibu dinasihatkan datang awal ke hospital dan perlu bermalam di wad 1 atau 2 malam atau ibu perlu tinggal di wad untuk tempoh yang lama, bawalah kain batik beberapa helai sebagai persediaan.

3. Pakaian Dalam -

Jangan lupa pakaian dalam seperti Bra menyusu, Seluar dalam yang selesa (bukan seluar dalam untuk ibu mengandung) bila baby dah keluar perut anda akan mengempis. Boleh juga bawa disposable panties ianya lebih mudah.

4. Tuala Wanita - 

Bagi ibu yang bersalin normal gunakan tuala wanita khas untuk selepas bersalin,kerana darah yang keluar agak banyak, manakala bagi ibu yang bersalin operation cukup sekadar tuala wanita biasa yang kita guna time Period(haid), ini kerana darah tidak begitu banyak, namun jika khuatir anda juga boleh sediakan tuala wanita khas untuk bersalin supaya anda berasa lebih selesa.

5. Kelengkapan Mandian - 

Tuala mandi dan carilah beg kecil yang kalis air yang boleh memuatkan berus gigi, ubat gigi, syampo, sabun badan dan pencuci muka (jika perlu) huhu sebab pengalaman saya yang lepas-lepas tak sempat pun nak cuci muka. Kalau boleh bawalah yang set travel sebab lebih kecil dan jimat ruang.

6. Alat Penjagaan Diri -

Ini pun perlu dimasukkan dalam beg kecil seperti bedak, sikat rambut, deodorant, getah atau sepit rambut. Kalau boleh bawalah yang set travel sebab lebih kecil dan jimat ruang.

7. Stokin Tebal -

Ibu perlu pakai ketika berada di labour room kerana suhu biliknya yang tersangat sejuk, samada bersalin normal atau operation.

Ibu juga perlu pakai selepas bersalin ketika di dalam wad supaya tak sejuk dan dapat menghalang angin masuk ke badan.

8. Plastik Sederhana Besar -

Jangan lupa bawa plastik supaya mudah suami nak bawa balik uri kita tu nanti. Ingat, basuh bersih-bersih dan tanamlah ia dengan baik. Jangan dibuang begitu sahaja kerana bimbang dimakan oleh binatang.

9.  Air Zam-zam dan Kurma -

Bagi ibu yang bersalin normal anda perlukan tenaga dan seeluknya minumlah air zam-zam dan kurma sebab kurma memang membekalkan tenaga supaya anda bertenaga ketika di labour room tu nanti. 

Ada juga yang dinasihatkan makan telur rebus atau makan pisang dan minum milo atau minum ESP Minuman penambah tenaga yang dicampurkan dengan milo atau jus buah-buahan supaya lebih bertenaga dan ingat! anda perlu makan makanan yang mengenyangkan dan jangan dibiarkan perut kosong ini kerana anda memang perlukan tenaga yang banyak sewaktu proses kelahiran biasa.

10. Minyak Selusuh atau Minyak Zaitun -

Saya minum minyak zaitun walaupun saya bersalin secara cesarean sebab tu pesan ibu angkat saya sewaktu belajar di luar negara, ianya bagus untuk proses penyembuhan luka dan jika bersalin normal ia juga memudahkan serta melancarkan proses kelahiran. Namun kita di Malaysia memang sudah sebati dengan pengguna minyak selusuh so terpulanglah pada anda ye.

11. Plastik Baju Kotor -

Jangan lupa bawa plastik untuk di masukkan baju kotor yang telah digunakan, tak kiralah baju ibu mahupun baju baby anda supaya tak tercampur dengan pakaian yang bersih.

12. Set Bersalin -

Tak kisahlah set bersalin jenama apa yang anda akan amalkan yang penting anda makan ikut seperti yang telah disarankan. Bagi saya tiada set bersalin yang terbaik selain Set Bersalin Shaklee yang lengkap dan mudah diamalkan, sangat sesuai untuk mereka yang bersalin normal mahupun cesarean seperti saya, ini kerana anda boleh terus mengambil dan mengamalkannya tanpa perlu berpantang itu ini dan sangat sesuai untuk  ibu-ibu bekerja yang tak suka perkara yang renyah dan remeh.

Kalau saya, sebelum cesar lagi saya dah ambil Vitamin C siap-siap untuk tenaga dan penyembuhan luka dalaman. Sewaktu di dalam wad selepas bersalin pun saya akan makan Vitamin C dan Vitamin B untuk kekal bertenaga dan mempercepat proses penyembuhan luka pembedahan, bukan apa kadang-kadang penat nak jaga baby ni, buatnya baby jenis berjaga malam, aduh lagi la perlukan tenaga dahla baru lepas operation nak jaga diri lagi nak jaga baby lagi.

Untuk mengelakkan stress dan meroyan saya ambil Vitamin B yang teryata bagus dalam mengatasi stress dan menggalakn emosi yang lebih stabil. Ini perlu dijaga dan dikawal dengan baik kerana ketika ini badan kita tersangat lemah dan kita mengeluarkan darah kotor yang mana anda ketahui syaitan lah yang paling rapat berdamping ketika badan lemah dan dalam keadaan kotor berdarah. So stress dan marah-marah memang perlu dielakkan pada waktu ini.

Set Bersalin dan Berpantang Terbaik Shaklee



Senarai Brangan Keperluan Baby


1. Tuala Mandi baby.

2. 2 Helai Bedung / Selimut Baby.

3. 3 pasang Sarung Tangan dan Sarung Kaki.

4. 3 Pasang Pakaian Baby yang lengkap - Seluar Panjang dan Lengan panjang (dikhuatiri sejuk)

5. Lampin pakai buang / pampers - Bawalah size new born jika baby kecil dan jika besar size S (bawa banyak pun tak apa sebab awal-awal kelahiran baby akan kerap buang air besar dan tinggalkan dalam kereta)

5. Lampin / Tuala Kecil - untuk lap susu, muntah baby dan mungkin untuk apa-apa kegunaan.

6. Tisu Basah dan Tisu Kotak - Cari yang bersaiz kecil.

7. Minyak Telon / Minyak Yuyi - disapu ke perut baby dan tapak kaki baby.

Brangan Baby yang Perlu dibawa ke Labour Room

1. Baju Lengan Panjang sahaja (seluar tak perlu bawa)

2. Selimut baby / Kain Bedung Baby

3. Tuala baby (jika diminta oleh nurse)

3. Sepasang Sarung tangan dan sarung kaki

4. Sekeping Lampin Pakai Buang / Pampers

Semua keperluan ibu dan Bayi ini perlu disimpan di dalam beg dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai atau boleh terus dimasukkan ke dalam kereta.


Antara Doa yang Boleh Diamalkan Ketika Di Labour Room/Dewan Bedah




Semoga panduan ke hospital untuk bersalin ini menjadi panduan dan tips berguna buat ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana yang ingin membuat persiapan sebelum proses kelahiran orang tersayang..jika bagus bolehlah dikongsikan dengan kawan-kawan yang lain ye..Semoga anda sentiasa tenang dan sihat selalu.

Jika berminat dengan Set Bersalin Shaklee, Set Banyakkan Susu Ibu atau Set Slimming Shaklee samada full set atau set yang bajet anda bolehlah menghubungi saya ye..insyaallah saya akan cuba bantu anda sebaik yang mungkin.



Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin







Monday, 30 March 2015

Memberikan Nama Anak Mengikut Islam

Panduan Menamakan Anak dan Hukumnya

           Tidak dinafikan bahawa ibubapalah insan yang paling gembira tatkala diberitakan yang si isteri sah mengandung. Terbayang detik kebahagian yang bakal tiba dan syukur dipanjatkan buat yang Maha Esa. Setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka lantas diikhtiarkan apa yang termampu untuk membahagiakan si anak yang bakal lahir menjengah dunia. Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan si anak lahir dengan sempurna dan diberikan keperluan secukupnya.

               Dalam keghairahan menyiapkan kelengkapan untuk bakal anak tersayang, pencarian nama adalah paling utama, kerana nama yang istimewa ini akan terpahat hingga ke syurga kelak. Namun, begitu adakah ibu bapa peka dengan makna yang bakal dinamkan buat anak mereka kelak? ini kerana nama juga merupakan simbol yang khusus yang mana dengan nama juga mampu membezakan anak itu islam atau bukan islam. Nama juga amat mempengaruhi perangai dan keperibadian serta mencerminkan sikap sesorang anak itu. 


Trend Terkini Menamakan Anak 


               Menjadi trend ibubapa di masa kini dengan meletakkan nama yang panjang dan berbelit-belit untuk disebut dan untuk ditulis. Ini juga menimbulkan masalah pada masa akan datang ketika ingin melangsungkan pernikahan, kesian kat pengantin lelaki dah lah nervous tengok orang ramai-ramai, nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami lagi dah tu nama bakal si isteri pulak agak susah disebut dan panjang berjela, berbelit jugalah lidah pak imam nak menyebutnya. Nama anak yang panjang juga amat menyukarkan guru yang perlu menulis nama dengan panjangnya dalam buku rekod dan dalam sistem perekodan di sekolah dan nak menyebutnya juga mendatangkan masalah buat guru. Ibubapa juga perlulah memikirrkan semula dan cuba mengelakkannya ini kerana jika tersalah sebut nama ianya boleh mengubah makna yang baik kepada yang tidak baik, nauzubillah. Oleh itu, islam telah meletakkan garis panduan dalam memberikan nama anak mengikut cara yang disarankan islam. 
 

Namakan dengan cara yang disarankan oleh islam


                    Mengikut Imam Nawawi Rahimahullah sunat memberikan nama anak pada hari ketujuh kelahiran atau hari pertama dilahirkan begitu juga sunat diberikan nama anak yang telah meninggal sebelum sempat tujuh hari kelahiran. Sunat juga memberikan nama buat anak yang telah gugur dalam kandungan sebelum sempat dilahirkan, di mana anak ini telah ditiupkan rohnya jadi memberikan nama buatnya adalah sunat dilakukan. Beruntungnya ibubapa ini kerana anak ini akan menunggu kalian di akhirat kelak lantas menjemput dan memimpin tangan kalian untuk masuk ke syurga bersama mereka.

Cara Menamakan Anak Mengikut Cara Islam


 Disunatkan memberikan nama yang baik-baik

 Harus memberikan nama sempena nama para nabi Nuh, Sulaiman, Muhammad dan lain-lain

 Memberikan nama dengan makna yang baik-baik

 Mengikut Imam Syafi'e harus menamakan anak dengan nama-nama malaikat

 Makruh menamakan anak dengan nama yang buruk seperti zalim, syaitan, Murrah, Harb dan  lain-lain

Ulama' bersepakat bahawa menamakan anak dengan nama-nama yang menunjukkan pengabdian   kepada  kuasa lain selain Allah s.w.t. seperti Abdul Kaabah, Abdul Nabi ataupun Abdul Uzza hukumnya adalah haram

Elakkan dan jauhi dari memberikan nama anak seperti orang bukan islam 

Tidak memberikan nama anak dengan nama yang memberikan makna yang lemah, berputus asa, sedih

Disunatkan mengubah nama-nama yang tidak baik kepada nama dan makna yang lebih baik ini kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah mnegubah nama seorang wanita kepada nama dan makna yang lebih cantik Ashiah (Perempuan yang ingkar) kepada Jamilah (Perempuan yang cantik)

 Tidak memanggil dengan nama singkatan kerana ia boleh mengubah makna nama tersebut contohnya Aisyah..kita panggil syah so hilanglah maknanya yang indah itu

Memanggil dengan panggilan yang baik-baik kerana ia merupakan doa


Nama Yang Baik Mencerminkan Keperibadian Seseorang

          Oleh itu sebagai ibubapa menjadi tanggungjawab kita memberikan nama yang cantik yang mengambarkan makna yang cantik dan baik untuk anak-anak kita.Tidak wajar dan tidak baik untuk mencontohi nama-nama seperti orang bukan islam jika kita hanya ingin mencari glamour sedangkan nama yang bakal kita panggil setiap hari merupakan doa buat si anak. Juga tidak perlulah kita bersikap tamak dalam memberikan nama yang terbaik buat anak-anak kita, dengan memberikan nama  yang panjang hingga susah disebut dan menyusahkan orang ramai dan ini akan lebih menyusahkan anak-anak kita.

         Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan buat kita semua yang bergelar ibubapa. Akhir kata, jagalah anak yang telah diamanahkan Allah ini dengan sebaik mungkin dan ajarilah mereka dengan ilmu dunia serta ilmu akhirat yang lebih utama, jangan sampai kita pula dipersalahkan oleh mereka di akhirat kelak kerana telah mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab kita kepada mereka..Nauzubillahi min zalik..


Panadol Punca Baby Jadi Hyperaktif? takutnya..
#Set Kehamilan yang hebat untuk diamalkan buat yang bakalbergelar ibu..
#Ketahui Tips Banyakkan susu Ibu..
#Ketahui rahsia..Tampil Kurus dan Langsing Selepas Pantang..
                       
Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin





Saturday, 21 March 2015

Cara Hilangkan Parut Jerawat Semulajadi

Kulit Berjerawat dan Berparut?

Memiliki wajah yang berjerawat dan berparut jerawat memang memeningkan kepala kerana ia membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri kerana malu dan rendah diri apabila berhadapan di khalayak ramai, apatah lagi jika pekerjaan kita itu memerlukan kita berhadapan dengan orang ramai setiap hari dan ini agak merimaskan dan merisaukan. Faktor cuaca, kerja dan kesan dari pemakaian produk yang kurang sesuai yang mengandungi bahan kimia dan tidak sesuai dengan kulit muka juga membantu pertumbuhan jerawat dan jeragat serta meninggalkan parut jerawat yang teruk. sebelum ini telah dikongsikan tentang cara atasi kulit berjerawat dan berminyak dan di sini saya kongsikan 7 tips hilangkan parut jerawat semulajadi.



7 Tips Hilangkan Parut Jerawat Semulajadi

1. Amalkan pengambilan Vitamin E
    Pengambilan Vitamin E ternyata mampu membantu menghilangkan parut-parut jerawat malahan juga membantu menghilangkan parut-parut di badan seperti parut chicken pop, parut kemalangan, parut gigitan nyamuk dan pelbagai lagi. Ia memang sudah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh artis-artis terkenal seperti Jennifer Lopez dan ramai lagi. Ingin tahu tentang kebaikan dan khasiat Vitamin E baca lagi Rahsia kecantikkan Artis kini terbongkar


   

2. Lendir Lidah buaya (Aloe Vera)
            Ambil isi daun lidah buaya sapukan ke muka, biarkan kering dan bilas dengan air yang bersih, seeluknya dilakukan 2 kali seminggu, selain membantu menghilangkan parut jerawat ia juga turut membantu mengurangkan bintik jeragat.

3. Sapukan Tomato
         Sambil anda melakukan kerja di dapur, apa kata ambil setengah biji isi tomato yang telah diramas dan dihancurkan, sapu ke muka biarkan sehingga kering dan bilas.Selain menghilangkan parut isi tomato juga mampu membuatkan kulit muka lebih licin dan tidak berminyak.

4. Kayu Manis dan Madu
              Ambil serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu, kacau hingga sebati dan sapukan ke muka sebelum tidur, sapukan pada bekas-bekas jerawat dan biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih atau anda juga boleh biarkan sehingga keesokan paginya dan bilas.

5. Air Kelapa
            Bersihkan muka terlebih dahulu kemudian ambil air kelapa dan sapukan ke muka sehingga rata, bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu, ia dapat menyegarkan wajah di sambil merawat  kulit wajah.

6. Masker Beras
           Ambil beras dan rendam selama 1 jam, toskan tumbuk bersam kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan dengan sedikit air asam limau lipis beserta putih telur kacau sehingga benar-benar sebati dan sapukan ke muka. Bilas dengan air sejuk supaya kulit sentiasa lembab, lakukan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang bebas dari parut jerawat dan jeragat.

7. Putih telur
            Ambil putih telur dan asingkan ke dalam mangkuk dan kacau, kemudian tampalkan di muka untuk beberapa minit, biarkan sehingga benar-benar kering.Jangan bercakap dan ketawa ketika proses berlangsung ini kerana ia juga bertindak untuk menegangkan kulit wajah anda. Setelah kering bilas dengan air bersih. Lakukan 1 minggu sekali secara teratur. 

Ok, selamat mencuba dan jangan malas-malas tau..nak cantikkan?kenalah rajin sikit..tapi kalau rasa malas juga, apa kata anda cuba amalkanlah suplement yang memang bersesuaian bagi mereka yang sibuk menguruskan anak-anak dan kerjaya..Mahal?benda yang eluk dan bagus mestilah mahal betul tak?tapi kalau nak harga murah, jangan malu-malu contact saya ye..

#Ketahui khasiat yang terkandung dalam Collagen Shaklee demi untuk kecantikkan diri anda
# Tolonglah hilangkanlah minyak di wajah anda tu, nampak tak cantik la


Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 01140555522  Facebook : Haida Nordin


Sunday, 15 March 2015

Cara Atasi Kulit Berjerawat Berminyak

Kulit Berjerawat dan Berminyak?

"Bukan senang nak hilangkan jerawat kerana jerawat sentiasa akan mengganggu sepanjang kehidupan kita ini namun, apa yang boleh kita usahakan ialah dengan merawat sebelum ia menjadi lebih parah dan mencari cara terbaik untuk cuba menghindarinya.
Jerawat bukan hanya mengganggu kulit remaja malah ia juga mengganggu kulit orang dewasa. Kajian menunjukkan bahawa jerawat menghantui lebih 40% dikalangan mereka yang berumur 20 hingga 29 tahun, manakala 20% bagi mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun, malah 15% bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.



Pelbagai Cara Sudah dilakukan

Mungkin sudah ada yang bosan dan bingung untuk cuba menghilangkan jerawat dan kulit berminyak, macam-macam produk sudah cuba digunakan namun, hasilnya tetap sama dan tidak memuaskan dan kalau nasib tak baik jerawat dan kulit mungkin bertukar menjadi lebih teruk serta lebih parah lagi..

 Namun..

"Setiap Penyakit Ada Ubat dan Penawarnya kecuali Mati"

Jangan sesekali anda berhenti herharap dan berputus asa,kerana melalui pengamatan saya sendiri ada sahabat-sahabat yang berjaya tampil dengan wajah yang licin tanpa jerawat dan parut jerawat serta kulit tidak lagi berminyak, cuma apa yang patut anda tahu ialah cara yang betul-betul membantu merawat dan menyelesaikan masalah kulit berjerawat dan berminyak yang sedang anda hadapi.