Monday 14 July 2014

Tips mengubati senggugut ketika haid

Atasi sakit senggugut ketika haid (period)

Senggugut atau 'dysmenorrhoea' bermakna pengaliran haid yang menyakitkan.Penyakit senggugut dikenali dengan nama (PMS) premenstrual dysphoric disorder) Semua wanita pasti pernah mengalami senggugut ketika didatangi haid, namun yang membezakan kesakitan yang dialami adalah kadar kekerapan dan skala kesakitan 1-10 dan kesannya.Bukan semua wanita mengalami senggugut yang teruk ada yang hanya sakit perut biasa dan ada juga yang teruknya sampai termuntah-muntah dan rasa seperti kekejangan otot. Namun, senggugut memang mengganggu wanita ketika didatangi haid.Sengugut disebut juga sebagai period pain.baca lagi untuk ketahui lebih lanjut

Sakitnya senggugut ketika didatangi haid ini memang agak susah untuk diterangkan kerana sakitnya adalah berbeza bagi setiap wanita yang mengalaminya.Kesakitan yang dialami memang membuatkan sesorang itu merasakan keadaan yang tidak cukup selesa dan kadang kala hingga tak mampu melakukan apa-apa aktiviti harian dan ada juga yang hanya terbaring sahaja di katil serta mengambil cuti atau MC..




Tips mengubati senggugut ketika haid 

1) Elakkan makan atau minum air yang sejuk beberapa hari sebelum haid
2) Banyakkan minum air suam sewaktu senggugut 
3) Tuam dengan tungku atau air suam (isikan dalam botol mineral)
4) Gunakan minyak panas dan disapu ke perut hingga ke betis
5) Minum teh pekat tanpa gula
6) Minum air rendaman halia  
7) Makanlah vitamin yang mampu membantu mengurangkan kesakitan
8) Makanlah ubat tahan sakit (tapi tak digalakkan takut ade side effect)

Emm Cubalah amalkan apa yang telah saya kongsikan,kerana ia membantu mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid..Mana saya tahu ye?sebab saya pun mengalaminya juga.baca lagi tips-tips traditional yang boleh membantu

Cara saya mengubati senggugut ketika haid 

Sebelum berkahwin penyakit senggugut semasa haid saya memang teruk,beberapa hari sebelum haid or period saya akan rasa sakit-sakit badan, tak keruan rasa nak marah, sentiasa haus, tak lalu makan dan banyak lagi.Bila didatangi period pula sakitnya pula teramat sangat,lenguh dan kejang dari pinggang ke kaki dan kadang-kadang hingga tak boleh berjalan dan muntah-muntah. Sakit perut beriya kuat tapi darah yang keluar sedikit sahaja itu yang membuatkan senggugut bertambah teruk.

Kalau senggugut saya dah sakit yang teramat sangat saya akan minum air panas dan tuam dengan air panas, sapu minyak angin di seluruh badan, mandi air panas itupun kalau saya larat nak bangun dan berjalan..kalau senggugut saya dah sampai termuntah-muntah perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah makan 2 biji panadol dan tidur, kalau masih sakit lagi saya akan makan panadol lagi.

Tapi sampai bila?