Sunday 14 September 2014

Nutrisi berkhasiat penting buat anak

 Nutrisi penting yang diperlukan oleh anak-anak kita

           Sebagai ibubapa kita memang perlu mementingkan kesihatan diri, keluarga dan anak-anak kita, kita perlu ambil peduli dan ambil tahu apa yang diperlukan mereka dan apa yang tak diperlukan oleh mereka. Bukan setakat pakaian, makanan tetapi nutrisi berkhasiat dan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan mereka demi memastikan kesihatan mereka di tahap yang optimum serta dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

           Anak-anak yang masih kecil mudah terdedah kepada pelbagai penyakit kerana tubuh mereka masih belum kuat untuk menepis virus atau penyakit yang sentiasa berada di sekeliling mereka. Oleh kerana sisitem imunisasi tubuh mereka lemah maka mereka memang berisiko dan mudah untuk terkena penyakit berjangkit seperti batuk, selsema dan demam..itulah sebabnya mereka perlukan khasiat dan nutrisi yang penting untuk tumbesaran mereka..kan orang tua-tua selalu kata batuk,selsema dan demam ni teman sepermainan kanak-kanak. Betul dan tepat tu tapi takkan la kita sanggup tengok anak-anak sakit dan merengek sentiasa.So apa ikhtiar kita sebagi ibubapa?takkan nak tengok and pasrah sahaja.baca lagi mengenai makanan berkhasiat bantu tumbesaran anak-anak



        So sebagai ibubapa yang memahami keperitan dan kesengsaraan yang dialami anak-anak pastinya akan mencari-cari petua, ubat, suplemen dan cara-cara mengatasi masalah kesihatan anak-anak kita.Kalau yang tak ambil peduli tu maknanya mereka bukanlah ibubapa yang ambil berat tentang keadaan anak-anak mereka, tahu beranak je tak guna juga ye..jangan sibuk tambah kuantiti kalau yang ada tak boleh jamin kualiti, tak pasal-pasal kena tanya kat akhirat nanti sebab mempersiakan amanah yang diberi..wah dah macam sajak pulak:p apa pun carilah sesuatu yang boleh membekalkan nutrisi penting dan berkhasiat buat anak-anak kita.Baca lagi mengenai vitamin pelengkap nutrisi anak-anak

        Ibubapa sanggup berhabisan demi memastikan mereka dan anak-anak mereka bergaya, sekali sekala tu biasa la cuma jangan selalu. Namun, jangan hanya pentingkan apa yang perlu ditayangkan kepada orang ramai sahaja tetapi kesihatan dalaman dan luaran diri sendiri dan anak ditolak ke tepi. Baju bertukar sentiasa, kasut pun sentiasa baru namun kualiti kesihatan diri, keluarga dan anak terjejas, tak nak la macam tu, cuba jadi ibubapa yang cemerlang, bukan setakat bergaya ke tempat kerja tapi lebih penting sihat dan barula boleh bergaya.Anak-anak pula bebas menjalani kehidupan mereka tanpa dirisaukan apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesihatan yang mana boleh menjejaskan kesihatan dan kecerdasan mereka.Selalu pastikan adakah nutrisi dan khasiat yang kita sediakan buat mereka itu mencukupi atau sebaliknya.Jika tidak cubalah ikhtiarkan sesuatu sebelum makin parah dan serius.