Thursday 16 April 2015

Panduan Memilih Set Bersalin Terbaik

Sangat-sangat Teruja..

Pastinya ibu-ibu di luar sana sangat teruja nak sambut kelahiran insan tersayang dan teristimewa dalam hidup ini. Tambah-tambah yang pertama kali bakal bergelar ibu, tentu dah tak sabar sangat-sangat nak sambut orang baru, betul tak? Saya yang nak sambut anak yang ke tiga ni pun rasa excited juga huhu. Pelbagai persiapan sudah dibuat, macam-macam barang sudah dibeli, banyak juga majalah dan tips berguna sudah dibaca, ianya sebagai langkah dan panduan dalam mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum menyambut kehadiran cahaya mata yang sangat istimewa ini..saya juga ada menulis tentang Panduan dan persiapan sebelum ke Hospital untuk bersalin dan Panduan dalam memberikan nama anak yang baru lahir mengikut islam nanti jemputlah baca ya..

Dalam kesibukkan mencari barangan keperluan baby jangan dilupa barangan yang penting sekali yang perlu di ambil berat oleh kaum ibu iaitu set penjagaan selapas bersalin atau disebut juga set berpantang. Ini penting kerana sewaktu mengandung badan kita banyak kehilangan nutrisi dan kualiti kesihatan badan mula merudum, mungkin kita tak nampak tapi dah tua nanti kita la yang akan tanggung. Sakit pinggang la, gigi bergoyang la, gigi rapuh la, tulang mudah reput la, sakit lutut la, sakit punggung la, dan yang paling teruk datang pulak angin meroyan dan macam-macam lagi nak kena jaga dan ingat, jangan sesekali ambil mudah dan tak peduli. Sesibuk mana pun kita dengan tugas harian, kesihatan badan secara luar dan dalam perlu diutamakan, sebab badan ni nak pakai lama, bukan sehari dua.



Panduan Memilih Set Bersalin Terbaik

Ada beberapa panduan dalam mencari dan memilih set bersalin atau set berpantang yang terbaik, di sini saya kongsikan 6 tips dan panduan berguna untuk anda.

1. Dapatkan Info Produk -

Pastikan anda mendapatkan maklumat dan info produk terlebih dahulu, jangan main beli ikut orang je, sebab kesesuaian orang tak sama dengan kita. Carilah di internet, web, blog atau boleh tanya pendapat si penjual produk, tauke kedai ubat atau kawan-kawan. Kumpulkan maklumat produk terlebih dahulu. Jangan terpengaruh dengan jenama ye..

2. Mengikut Bajet -

Kenal pasti bajet anda terlebih dahulu, kalau dah tahu bajet baru boleh buat pilihan samada nak set bersalin mahal atau set bersalin yang lebih murah. Yang mahal selalunya barang di dalamnya lebih banyak dan lengkap, set bersalin yang murah pula barang di dalamnya sedikit tetapi masih praktikal digunakan.

Set Bersalin yang mahal selalunya didatangkan dengan bengkung, tungku dan kebanyakkannya boleh merampingkan dan menguruskan badan ketika proses berpantang.

3. Jimat -

Pilihla produk yang menjimatkan, bukan sahaja jimat wang tapi jimat masa kita, sebab ketika proses berpantang badan kita terlalu lemah dan letih serta sakit, baby pula perlukan perhatian dari ibu sebab baby pun ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru dan perlukan masa untuk menyusu (baby kerap menyusu). Jadi elakkan menggunakan produk yang mengambil masa yang lama sebab kita memang sibuk. Kalau ibu beranak sulong lagi la sibuk, boleh jadi huru-hara dibuatnya. Kalau ibu yang bersalin anak ke dua atau tiga pula lagila sibuk, sibuk nak melayan anak-anak yang lain sebab mereka pun perlukan perhatian kita. Jadi terpulangla kalau rasa boleh bahagi masa sebaiknya bolehla pilih yang bermacam-macam jenis di dalam set tersebut.

4. Berkesan -

Jangan lupa pilih produk yang berkesan, tanyala pendapat saudara-mara atau kenalan supaya anda boleh mengetahui keberkesanannya. Pilihla produk apa pun yang penting anda kena berdisiplin menggunakannya baru nampak kesannya, jangan seminggu dua je lepas tu produk tu entah campak ke mana huhu so kalau tanya pendapat saya elakkanla menggunakan produk yang renyah dan pelbagai jenis sebab bukan apa nanti kita juga yang susah nak istiqomah dan berdisiplin. So macam mana badan nak sihat dan kurus kalau tak ikut arahannya betul-betul? Last2 perut kita jugala yang menggelebeh dan buncit :(





5. Memudahkan

Pilih produk yang memudahkan urusan berpantang bukan yang menyukarkan urusan berpantang kita. Kang tak pasal-pasal tention pula dengan set bersalin yang sudah dibeli sebab susah nak guna, kena guna sebelum mandi la, selepas mandi la, sebelum makan la, selepas makan la, time perut kosong la, kena tumbuk biar lumat la macam-macam la lagi. Di pasaran terlalu banyak set bersalin yang ditawarkan sampai kita sendiri pun rambang mata so carilah yang boleh memudahkan urusan berpantang anda atan yang bersesuaian dengan anda.

6. Sesuai untuk bersalin normal atau cesarean

Kita merancang dan Allah jua la yang menentukan, semua orang nak bersalin normal tapi apa kan daya ada juga ibu-ibu yang bermasalah dan terpaksa dibedah di saat akhir, dah masuk labour room berjam-jam tapi jalan still tak buka, ubat pun dah disuntik tapi tetap tak terbuka jalan, atau mungkin wujud masalah lain secara tiba-tiba,  maka akhirnya ibu tersebut perlu dibedah. Oleh kerana ibu tersebut terpaksa dibedah maka lebih banyakla pantang larang dan peraturan ketat yang perlu dipatuhi dan diambil kira, contohnya tak boleh disapu minyak atau apa-apa ke perut buat sementara waktu kerana bimbang memberi kesan pada jaitan pembedahan, tak boleh bergerak banyak dan perlukan lebih rehat. Jadi pilihla set bersalin yang bersesuaian digunakan dalam mana-mana keadaan, bukan apa takut rugi dan membazir je.


Berikut 6 tips dan panduan yang telah saya kongsikan, ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman daripada kawan-kawan, sebab saya berpendapat bahawa adalah amat penting bagi seseorang ibu itu untuk mengetahui produk dan set bersalin yang nak dibeli dan yang akan digunakan ketika proses berpantang.

Pengalaman Diri Sendiri


Macam saya 1st time mengandung ibu yang tolong belikan set bersalin buat saya, sebab saya pun tak tahu nak beli yang mana dan nyata ia sangat tak bersesuaian dengan keadaan saya yang bersalin secara cesarean, banyak benda yang tak boleh digunakan dan akhirnya buang sahaja, kan membazir tu. Dah la bendanya banyak, cara makan dan pakai pun renyah plak tu, begitu juga dengan bengkung yang disertakan di dalam set tersebut, susah nak dipakai dan perlukan bantuan orang lain serta mengambil masa.

Bila bersalin anak yang dua pula lain pulak ceritanya, seorang kawan mengesyorkan set yang agak mudah tapi rupa-rupanya tak bersesuaian pula dengan diri saya. Pil-pil tersebut seakan bertembung dan tak serasi dengan badan saya, rasa panas, muntah-muntah yang teruk, sakit kepala walaupun suami saya memastikan saya minum air yang banyak setiap hari, rasa macam morning sickness pun ye..Yang paling renyah, ia perlu diambil mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan. So kalau dah terlepas susahla, nak qodo' pun tak sesuai, akhirnya saya give up dan berhenti mengambilnya.

Insyaallah untuk kali ke tiga ini, saya dah buat survey siap2 dan saya merasakan Set Berpantang Shaklee adalah yang terbaik buat saya, sebab saya bakal di cesar untuk kali yang ke tiga, jadi saya tak nak amalkan produk yang renyah dan menyusahkan, saya perlukan rehat yang banyak untuk segera sembuh, saya juga perlukan tenaga yang banyak yang mampu membantu saya agar lebih bertenaga untuk menguruskan baby dan anak-anak saya yang lain. Badan saya juga perlukan nutrisi yang mencukupi untuk menampung segala kekurangan nutrisi badan sewaktu hamil dan dalam menjalani proses berpantang, saya juga nak baby saya nanti mendapat yang terbaik dan yang lebih penting ianya selamat daripada apa yang saya makan dan amalkan. Alhamdulillah ketika mengandung kali yang ketiga ini saya amalkan Set Kehamilan Shaklee yang ternyata hebat dan bagus serta sangat membantu perkembangan baby saya dan kesihatan saya juga amat memuaskan.


Berikut adalah sedikit perkongsian untuk ibu-ibu di luar sana:

#Panduan ke Hospital untuk Bersalin
#Panduan dan tips memberikan nama buat anak yang bakal lahir
#Pengambilan Panadol Punca Baby Hyperactive?
#Set Kehamilan Yang Sangat Membantu Anda
#Ketahui Rahsia susu ibu menjadi Banyak
#Cara Kuruskan Badan dngan Cepat, Berkesan dan Selamat



Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin








No comments:

Post a Comment