Tuesday 8 July 2014

Tips banyakkan susu ibu

Tips banyakkan susu ibu

Semua ibu yang melahirkan akan cuba menyusukan bayi mereka sejurus selepas kelahiran bayi mereka.
Namun tidak semua bernasib baik dalam menyusukan bayi mereka.
Ada yang beruntung kerana dapat menyusukan bayi mereka dengan baik tanpa sebarang masalah. Ada juga ibu-ibu yang tidak berjaya kerana beberapa masalah yang dialami seperti puting susu tenggelam, puting susu terlalu kecil, susu tidak mencukupi dan macam-macam lagi.
Namun, ia bukannya sebab untuk anda tidak menyusukan bayi anda. 

8 Tips berkesan banyakkan susu

Ibu-ibu di luar sana janganlah risau kalau ada yang kurang susu sebab ada cara untuk mengatasinya.
Banyak juga petua-petua yang boleh diamalkan untuk banyakkan susu ibu, namun bagi ibu yang bekerjaya mereka perlu bergerak pantas dan inginkan hasil yang cepat. Baca juga petua orang kampung


1) Rajinkan perah susu

Rajinkan diri supaya perah susu sekerap yang boleh.Kalau boleh satu jam sekali kerana ia merangsang dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.Semakin diperah semakin banyak susu akan terhasil.
Ada yang suka perah dengan menggunakan tangan sahaja kerana mudah katanya.Ada juga yang perah dengan menggunakan alat pemerah untuk banyakkan susu ibu.
Tak kisah cara bagaimana yang anda nak guna yang penting anda selesa dan boleh mula buat stok susu.


2) Simpan susu yang telah diperah

Sebaiknya anda simpan susu yang telah anda perah, terutamanya bagi ibu yang bakal bekerja semula atau ibu yang sedang melanjutkan pelajaran.
Jadi bila dah mula kerja or kelas nanti tak terkejar sangat nak bahagikan masa buat stok untuk banyakkan susu.
Simpan susu dalam freezer supaya susu boleh bertahan selama 3 bulan.
Gunakan plastik untuk menyimpan susu, kerana ini dapat menjimatkan ruang freezer.
Labelkan dengan tarikh kerana akan memudahkan anda.




3) Minum air masak dengan banyak

Air masak memang famous, nak kurus pun kena banyak minum air masak, nak sihat dari sakit pun kena banakkan minum air masak juga.So memang air masak ini sangat membantu tubuh badan supaya cergas dan sihat. pengambilan air masak yang banyak mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan serta membantu meningkatkan kualiti susu dan banyakkan susu ibu.Baca juga khasiat air masak