Sunday 15 March 2015

Cara Atasi Kulit Berjerawat Berminyak

Kulit Berjerawat dan Berminyak?

"Bukan senang nak hilangkan jerawat kerana jerawat sentiasa akan mengganggu sepanjang kehidupan kita ini namun, apa yang boleh kita usahakan ialah dengan merawat sebelum ia menjadi lebih parah dan mencari cara terbaik untuk cuba menghindarinya.
Jerawat bukan hanya mengganggu kulit remaja malah ia juga mengganggu kulit orang dewasa. Kajian menunjukkan bahawa jerawat menghantui lebih 40% dikalangan mereka yang berumur 20 hingga 29 tahun, manakala 20% bagi mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun, malah 15% bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.



Pelbagai Cara Sudah dilakukan

Mungkin sudah ada yang bosan dan bingung untuk cuba menghilangkan jerawat dan kulit berminyak, macam-macam produk sudah cuba digunakan namun, hasilnya tetap sama dan tidak memuaskan dan kalau nasib tak baik jerawat dan kulit mungkin bertukar menjadi lebih teruk serta lebih parah lagi..

 Namun..

"Setiap Penyakit Ada Ubat dan Penawarnya kecuali Mati"

Jangan sesekali anda berhenti herharap dan berputus asa,kerana melalui pengamatan saya sendiri ada sahabat-sahabat yang berjaya tampil dengan wajah yang licin tanpa jerawat dan parut jerawat serta kulit tidak lagi berminyak, cuma apa yang patut anda tahu ialah cara yang betul-betul membantu merawat dan menyelesaikan masalah kulit berjerawat dan berminyak yang sedang anda hadapi.




Hakikatnya..

Banyak faktor mempengaruhi yang menyebabkan Kulit ditumbuhi Jerawat dan  Kulit Berminyak antaranya ialah:
  •  Faktor persekitaran
  •  Pemakanan 
  •  Gaya hidup
  •  Cara penjagaan 
  •  Produk yang digunakan

Tips Penjagaan Kulit 

Setelah dikaji dan dijalankan survey macam polis pulak huhu..apapun anda dinasihatkan supaya mengamalkan tips-tips berguna yang berikut dengan teratur dan berterusan dalam memastikan penjagaan kulit anda bebas daripada dijangkiti jerawat dan untuk menghindari kulit muka berminyak antaranya ialah:

  • Amalkan cara pembersihan wajah yang teratur (bagi kulit muka yang berjerawat dan berminyak)
  • Jangan cuci terlalu kerap jika kulit anda jenis yang kering 
  • Gunakan Penyegar selepas setiap cucian (supaya liang pori tertutup) 
  • Jangan memicit jerawat (kerana ini mendatangkan keburukan kerana ia melibatkan saraf muka)
  • Kurangkan makan makanan yang berminyak (penyumbang utama pori muka tersumbat)
  • Jangan berada di bawah terik matahari yang terlalu lama
  • Banyakkan minum air masak (supaya kulit tak kering dan menggelupas)
  • Jangan menggunakan bedak yang tebal pada kulit muka untuk menutup jerawat (ia membuatkan pori muka makin tersumbat dan sukar untuk dibersihkan)
  • Gunakan Uv Protection yang sesuai dengan kulit (wajibkan diri sebelum keluar rumah)
  • Amalkan Vitamin dan Suplement (kerana ia bertindak merawat dan menyembuhkan dari dalam)
Diingatkan!!

Jika inginkan hasil yang baik dan cemerlang anda perlulah melakukanya secara berdisiplin teratur tanpa rasa jemu kerana atau malas atau berputus asa..nak kulit cantikkan?so usaha la lebih sikit..tak guna kalau beli produk pencuci tapi tak digunakan secara teratur atau anda dapatkan rawatan yang mahal tapi lepas tu anda abaikan cara penjagaan kulit wajah anda..buang masa buang duit je..so rajin-rajinkan diri anda ye..

Produk Penjagaan Wajah Yang Selamat dan Berkesan

Ramai pengguna hari ini yang berminat dengan produk penjagaan wajah yang selamat berkesan dan yang lebih penting semulajadi sebab ia tidak akan meninggalkan kesan yang tidak negatif pada wajah dan kulit malah ia turut membantu mencantikkan kulit wajah anda supaya lebih cerah, glowing, tegang dan menghilangkan parut serta menjadikan kulit wajah anda mulus berseri.

Namun,,

Anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikkan yang ingin anda amalkan, kerana di luar sana pelbagai krim yang mendakwa mereka adalah krim yang hebat dalam menangani masalah kulit muka berjerawat tapi sebenarnya indah khabar dari rupa dan kesannya.

Pastikan produk tersebut mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ini penting ye..baca isi kandungan supaya anda tahu apa yang terkandung dalam produk tersebut, pastikan ia dari sumber yang baik dan halal.

Nanti akan saya kongsikan mengenai Produk-produk penjagaan Wajah keluaran Shaklee seperti yang saya dan sahabat-sahabat saya gunakan..memang best sangat dan ia sangat membantu mereka yang menghidapi masalah kulit berjerawat dan bermiyak..tunggu ye..

 Bagaimana Suplement dan Vitamin Membantu?

Pengambilan suplement atau vitamin seperti ESP, Vitamin E, Vitamin C sangat membantu mengatasi masalah kulit yang berjerawat berminyak dan berjeragat. Apabila kita amalkan sesuatu yang perlu dimakan atau diminum bererti kita mengamalkan sesuatu yang bakal bertindak dari dalam. Jadi bukan hanya penjagaan luaran sahaja yang penting penjagaan dari dalam adalah sangat-sangat penting. Ini terbukti apabila ramai artist atau orang yang punyai banyak wang yang sanggup cucuk botox, cucuk Vitamin C dan Vitamin E kerana kesannya lebih cepat dan berkesan dari dalam terus keluar..tapi buat apa nak cucuk-cucuk ni kan, buat sakit dan berdosa je so baik makan dan telan je itu lebih mudah dan selamat serta tak menakutkan.




Ingin tahu Supelement dan Vitamin yang sesuai untuk anda seperti yang dicadangkan olehdoktor dan  pakar Nutritionist Shaklee kami..jangan lupe klick link di bawah:

Leuniey Apek







Cara merawat sakit kepala secara semulajadi
#Ketahui khasiat Collagen Shaklee demi untuk kecantikkan kulit anda

Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :

WhatsApp : 01140555522  Facebook : Haida Nordin




No comments:

Post a Comment