Thursday 17 July 2014

ubat untuk sakit kepala migraines

Adakah anda mengalami migraines?Ketahui cara mengubatinya..

Migraines merupakan sakit kepala yang amat menyakitkan, bagi mereka yang pernah mengalami migraines dan sakit kepala tentunya arif sangat bagaimana menanggung kesakitan ketika diserang migraines dan sebab berlakunya migraines ini.Kepala akan terasa berdenyut-denyut dalam masa yang lama dan menyerang di sebelah kepala sahaja beserta loya dan muntah-muntah.Bunyi bising dan pergerakkan yang banyak akan menambahkan lagi kesakitan begitu juga bau-bauan dan cahaya yang terang yang boleh menyilaukan pandangan akan menambahkan lagi kesakitan kepada pesakit.

Apa penyebab migraines?

Migraine boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
1) Keturunan (ibu atau ayah yang ada sejarah migraine yang teruk) 
2) Stress dan tekanan
3) Tidak cukup tidur 
4) Tidur yang terganggu 
5) Terlebih tidur
6) Tidak cukup rehat atau badan terlalu penat
7) Makan lambat atau perut kosong dalam jangka masa yang lama
8) Terdedah dengan cuaca panas
9) Jangan makan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi
10) Jangan makan makanan yang mengandungi Thyramine seperti keju dan cheese, terlalu banyak

Saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sebab saya pun pesakit migraines, begitu juga pengalaman dari kawan-kawan yang menghidap migraines serta meminta pandangan dari doktor mengikut kajian menurut sains.baca lagi mengenai sakit kepala dan migraine




Cara merawat sakit kepala dan migraines

Setelah berbincang dengan doktor yang merawat dan mempunyai kepakaran mengenai masalah penyakit migraines dan sakit kepala. Beliau menasihatkan supaya kita mencari jalan terbaik dengan meneganal pasti sebab yang menyebabkan penyakit migraines dan sakit kepala ini menyerang iaitu dengan  mengelakkan dari terus berlakunya migraines anda disarankan agar menjaga kesihatan diri dan mengelakkan apa-apa yang boleh menyebabkan sakit kepala dan migraines menyerang lagi.baca lagi how to preventing migraines