Sunday 12 October 2014

Mencari Keindahan Syurga Dunia

Indahnya Syurga Dunia

Semua orang yang hidup di dunia ini mengharapkan dan mengimpikan kehidupan yang menggembirakan dan membahagiakan bersama insan tersayang, bersama suami, anak-anak, ibubapa, adik-beradik dan sanak-saudara. Kehidupan yang dianugerahkan ini amatlah berharga dan jangan sesekali dipersiakan, kerana masa yang berlalu tidak akan berulang semula.  

Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan, ianya memerlukan pengorbanan, usaha dan daya tahan yang jitu serta semangat juang yang tinggi untuk menharungi dan menghadapi kehidupan yang mendatang. Jika tahu caranya maka ia lebih mudah untuk diaplikasikannya bersama insan-insan tersayang dalam menjalani hari-hari yang berikutnya.

Bahagia bukan sahaja dalam bentuk keuwangan dan harta namun lebih kepada kesihatan keluarga dan kebahagiaan rumahtangga.baca lagi cara memastikan kesihatan keluarga sebagai anugerah terindah Ada harta banyak tapi keluarga haru-biru, bercakaran dan sering bergaduh serta tiada perasaan saling hormat-menghormati antara suami isteri dan anak-anak, syariat allah dibuang ke tepi maka ketahuilah bahawa kemurkaan Allah pasti menanti.


IMAN dan ISLAM menjadi tunjang dan pasak

Sebagaimana yang kita ketahui agama Islam amatlah mementingkan iman dan islam dalam mentadbir urus sesebuah kehidupan di dunia ini agar hidup lebih bermakna dan diberkati hendaknya. Begitu juga dengan institusi negara dan kerajaan iman dan islam ini perlulah menjadi tunjang yang teguh dalam meamastikan kehidupan di dunia lebih bermakna dan bahagia. Institusi sesebuah keluarga juga pelukan asas iman dan islam yang teguh bagi menjamin kehidupan keluarga supaya lebih sejahtera dan aman damai.Jika semua ahli keluarga mengamalkannaya dan menjaga hubungan dengan si penciptanya, yakinlah tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dan segalanya akan berjalan lancar.

Semua ibubapa haruslah memperkenalkan Iman dan Islam buat anak-anak dan keluarga, agar ia menjadi pegangan hidup sepanjang masa.Ajarkanlah anak-anak anda cara solat yang terbaik, berpuasa mengikut syariat, banyakkan bersedekah, mengamalkan perkara-perkara yang wajib dengan dengan cara yang terbaik, mengamalkan perkara-perkara sunat yang menjadi amalan baginda nabi Muhammad s.a.w. supaya kehidupan dan peribadi beliau menjadi contoh teladan kita dan anak-anak.

SYARIAT ALLAH jadi LANDASAN

Islam itu syumul,meliputi semua,mengandungi semua,semuanya terkandung dalam ajaran islam.Syariat islam sangat lengkap dan sempurna,maka jadikanlah syariat islam sebagai pegangan hidup, hiduplah dengan mengamalkan apa yang dihalalkan oleh syariah islam, namun jauhkan diri dan keluarga dari apa yang dilarang dan ditegah oleh syariah islam. Alangkah ruginya jika kita sekeluarga tidak mengamalkannya, maka jauhlah kita dari bahagia syurga Allah di dunia ini.

Sentiasa mengingatkan diri dan anak-anak dari kemurkaan Allah yang tidak diingini, hidup ini sebentar sahaja jadikanlah hidup ini sebagai satu cara mencari redha Allah sebelum kita dihidupkan semula di Akhirat kelak.Alangkah gembira dan bahagianya jika kita boleh hidup bersam-sama di syurga Allah nanti, yang kekal selama-lamanya.Pasti kita akan merasa rugi jika kita sebagai ibubapa tidak dapat memberikan yang terbaik sebagai bekalan anak-anak ke syurga Allah nanti.

Amlakanlah solat berjemaah bersama keluarga dan anak-anak, mengaji Al-Quran bersama-sama, beriadah bersama,membawa anak-anak ke masjid untuk tunaikan solat berjamaah, cakap perkara-perkara yang baik sahaja, selalulah nasihat-menasihati mereka.Kalau ini lah yang kita amalkan pasti Allah memandang kita dengan penuh kasih-sayang.




                         ADAB dan AKHLAK mulia DIPERAKTIKKAN


Sudah semestinya kita sebagai hamba Allah perlulah mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang tenyata hebat dan terbaik untuk dijadikan panduan dan contoh teladan untuk kehidupan di dunia yang lebih bermakna dalam mencari syurga di dunia ini.

 Sebagi ibubapa kita haruslah memperkenalkan dan menceritakan tentang akhlak-akhlak dan kehebatan serta keperibadian Nabi Muhammad s.a.w supaya dijadikan teladan dan menjadi sumber kekuatan dan idola anak-anak kita.Supaya akhlak anak-anak kita pun menjadi sehebat Baginda yang menyejukkan mata memandang dan menyenangkan hati tatkala bersua muka, in sya allah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji". dan kemudian Baginda telah membuktikkan bahawa Beliau benar-benar menjadi sumber teladan terbaik, terhebat ,terindah, termulia dan terlengkap menapati setiap sisi kehidupan.

Suka benar saya baca cerita-cerita dan kisah-kisah Nabi muhammad s.a.w. sangat memberi inspirasi dan menjadi motivasi, terasa rindu benar pada Baginda dan teringin sangat nak bersua melihat wajah Baginda..in sya allah jom kita usaha bersama mencapai dan mencari redha Allah di dunia dan di Akhirat kelak, amin.Jadi sediakanlah syurga di dunia dahulu supaya lebih mudah kita menggapai Syurga Allah kelak in sya allah.







Friday 3 October 2014

Set Kehamilan Shaklee yang Hebat

ANDA HAMIL? TAHNIAH..

Tahniah buat ibu-ibu yang baru sahaja disahkan oleh doktor bahawa anda semua telah hamil..Mesti seronok sangat, betul tak? Saya dan keluarga pun seronok sebab nak dapat orang baru, amsyar and aisyie pun excited nak dapat adik baru..Hebat betul Kuasa Allah, kami hanya merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat kami..Sesungguhnya ini adalah antara anugerah kaum perempuan yang terindah yang tak mampu dibayangkan dan tak mampu ditukar dengan wang ringgit. Beruntunglah bagi ibu-ibu yang diberi peluang untuk hamil dan jangan lupa banyakkan bersyukur, kerana kita diberi ruang dan rezeki yang kita hanya mampu berusaha namun Yang Maha Esa jua yang menetukan segalanya.

Untuk ibu-ibu yang masih berusaha mendapatkan cahaya mata, pastikan anda tidak putus asa dan teruskan usaha sebaiknya dan harapnya sentiasa bersangka baik, mungkin ada hikmahnya. Now saya ceritakan Set Kehamilan Shaklee yang hebat, nanti akan datang saya akan ceritakan pula pasal set vitamin kesuburan yang sesuai untuk suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat, in sya allah.


SET KEHAMILAN SHAKLEE YANG HEBAT

Apabila diberitahu kita bakal jadi ibu so memang banyakla perasaan yang tak mampu nak diceritakan, selalu terfikir apa yang terbaik buat bayi kita nanti, nak cari baju warna apa, nak cari katil la, nak cari cari barang-barang bayi la,nak cari nama yang cantik dan vogue la tapi pastikan nama bayi kita tu ada makana yang cantik secantik tuannya tau, so macam-macam yang akan kita fikir, betul tak?Samala juga dengan kaum bapa, mesti asyik fikirkan nak yang terbaik buat isteri dan bayi yang bakal dilahirkan nanti,bagusnya.

Selalu kita akan fikirkan nak cari Set Bersalin yang bagus-bagus dan yang best-best tapi kita perlu ingat bahawa kita juga perlu mencari Set Kehamilan yang sesuai yang hebat dan bagus untuk kita dan bayi kita, sebab di waktu kehamilan juga kita perlukan nutrisi yang terbaik dan khasiat yang terbaik bagi menampung tumbesaran bayi kita mengikut keperluan bayi mengikut tempoh bulan-bulan kehamilan. So jangan fikir mudah ye, dah kata nak anak yang sihat dan comel, bijak dan hebat, kita pun perlu berikan yang bagus-bagus dan hebat-hebat la buat diri kita dan bayi kita yang akan dilahirkan nanti.


TAHUKAH ANDA?

Set kehamilan shaklee yang Hebat ini juga mampu mengelakkan si ibu dari penyakit darah tinggi. Perkongsian dari seorang sahabat yang mengambil Set Kehamilan Shaklee yang hebat ini dan Doktor mengesahkan bahawa beliau tidak mengalami darah tinggi seperti kehamilan yang lepas-lepas dan ini membuatkan beliau sangat gembira dan berkongsi kebaikkan Set Kehamilan Shaklee yang hebat ini dengan kawan-kawannya yang lain.

Set Kehamilan Shaklee yang Hebat ini juga mampu membantu mengurangkan alahan dan morning sickness buat ibu-ibu yang sentiasa mengalaminya ketika mengandung. Ada juga yang langsung tidak mengalami alahan ketika mengandung, namun semua itu bergantung kepada hormon ibu-ibu itu sendiri, so cubalah dulu dan tengok macam mana, kalau berkurangan syukur sangat-sangat kalau alahan tak teruk sangat macam dulu-dulu pun dah syukur sangat-sangat. 

Alhamdulillah setelah hampir sebulan mengamalkan set Kehamilan Shaklee pada kali ni, saya dapati saya tak mengalami alahan yang teruk seperti pengalaman mengandung yang lepas-lepas. Kalau dulu memang teruk, asal makan je muntah, dah la tak selera makan, dah makan muntah pulak tu, lagi satu pantang bau benda busuk cepat je muntah. So memang kerap ulang-alik masuk wad di hospital masuk air dalam  badan sebab terlalu lemah dan berat badan sentiasa turun, doktor pun risau so memang warded di kala mengandung tu memang normal la bagi saya and family. But now, alhamdulillah saya lebih sihat sedikit tiada alahan yang teruk tapi ade masalah lain pulak, tapi takpela saya dan suami redha, janji baby sihat,mama and abah pun gembira:)

APAKAH KEBAIKKAN YANG TERKANDUNG DI DALAM SET KEHAMILAN SHAKLEE?


1) Vitamin C Plus


  • Formulasi yang mampu mengekalkan pertahanan badan secara semulajadi, menguatkan sel, saluran darah, gigi, gusi, tulang, mata dan otot.
  • Menjaga dan memastikan saluran darah supaya tidak mudah pecah dan mencegah pengerasan saluran darah berlaku baca lagi mengenai khasiat vitamin c plus

2) Vitamin B Complex

  • Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti mampu merawat kesakitan migraines dan sakit kepala yang disebabkan tekan kerja, tidak lena tidur malam
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang 
  • Vitamin B Complex juga dapat mengurangkan stress dan tekanan
  • Ia juga membantu melancarkan pergerakkan salur darah dan membantu mengatasi masalah meroyan  dalam tempoh berpantang
  • Menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain buat ibu dan bayi 

3) Ostematrix

  • Terdiri dari kalsium, magnesium dan Vitamin D
  • Kalsium dapat mengurangkan sakit kepala, stress, jantung berdebar dan mood swing
  • Magnesium dapat membantu mengecutkan sistem saraf dan menstabilkan sistem denyutan yang tidak sekata
  • Membekalkan kalsium yang secukupnya untuk tulang, gigi ibu dan bayi
  • Membantu mengurangkan lenguh-lenguh kaki dan badan setelah kenaikkan berat badan
  • Membantu ibu-ibu mendapatkan tidur yang berkualiti dan lebih lena baca lagi kebaikkan Ostematrix yang perlu anda tahu

4) Vitalea


  • Mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu pembentukkan sel-sel darah merah
  • Mempunyai 28jenis vitamin yang diperlukan oleh orang dewasa terutama ibu mengandung
  • Mencantikkan kulit, kuku, rambut dan membantu mencegah tiroid
  • Menyokong jangka hayat hati dan usus
  • Melindungi ibu daripada sebarang kerosakan akibat serangan radikal bebas
  • Baik untuk tumbesaran otak bayi

5) ESP

  • Esp berasakan tumbuhan semulajadi dan sumber soyanya tidak diubah genetiknya
  • Mengandungi 9 jens asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan bayi anda
  • Menguatkan kuku supaya tidak mudah patah, rambut berkilau, mencantikkan kulit serta memastikan jantung yang sihat
  • Sumber rendah lemak semulajadi dan bebas kolestrol
  • Membekalkan tenaga berkekalan supaya anda lebih sihat dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan

5) Omega Guard

  • Membekalkan asid lemak Omega -3 iaitu EPA yang menyihatkan jantung, DHA yang penting untuk perkembangan dan meningkatkan fungsi otak, ALA dan lain-lain lagi
  • Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara tekanan darah ibu dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular
  • Memelihara kesihatan otak, fungsi-fungsi sendi dan penglihatan ibu dan bayi






TESTIMONI PENGGUNA SET KEHAMILAN SHAKLEE YANG HEBAT 










    Jadi buat semua para ibu and bakal ibu, gunakanlah set kehamilan Shaklee yang ternyata hebat dan berkhasiat ini ye..saya tahu semua ibu-ibu dan bapa-bapa mengharapkan dikurniakan anak yang sihat, bijak dan comel, jadi inilah salah satu pelaburan kita untuk memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi dan khasiat yang terbaik ketika di dalam kandungan lagi..nasihat saya amalkanlah produk yang berkesan, semulajadi dan selamat serta paling penting sekali pastikan ia halal..Yelah nak jadi sebatian dalam badan anda dan bayi anda juga so wajiblah kena pilih yang halal..tak gitu? huhu


Promosi Bulan November 2014 
# Bulan ni promo Buy 6 Omega Guard free 1 Omega Guard
# Free membership 
#Nak lagi istimewa please contact saya terus ye..


Cantik Bergaya dengan Shaklee

Sebarang pembelian@pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada saya ( Haida) :
In sya allah saya akan memberikan konsultasi terbaik buat anda

http://www.facebook.com/haida83
pm/sms/whatsApp : 0182064760
E-mail : inspirasihaida@gmail.com














Thursday 18 September 2014

Khasiat kecantikkan Shaklee Collagen Powder

Feel Young and Stay Healthy With Shaklee Collagen Powder

  Semua orang menginginkan kulit yang licin,lembut dan putih gebu. Ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit dengan jumlah yang banyak demi untuk tampil demi untuk memiliki kulit yang licin, lembut dan putih gebu. Namun sedarkah anda kebanyakkan produk yang ada di pasaran di luar sana kebanyakkannya tidak selamat. Namun kini, rahsia kulit cantik dan licin, gebu gebas telah terbongkar dengan mengamalkan shaklee collagen powder. Rumusan dan ciptaan yang terhebat yang mampu menaikkan seri wajah anda serta mampu memperbaiki kulit wajah dan mampu mengubah kulit badan anda menjadi licin, putih dan lebih anjal.

Apa itu Collagen?

  • Collagen sangat penting untuk kesihatan dan kecantikkan dalaman dan luaran.
  • Collagen penting dalam memastikan badan yang muda, kulit yang anjal dan bertindak melawan  penyakit
  • 80% daripada tulang adalah Collagen
  • Collagen merupakan tisu-tisu yang bertindak menyambung dan mengekalkan keanjalan kulit
  • Collagen juga bertindak melindungi jantung,hati,paru-paru,perut dan organ dalam badan seseorang


Apakah tanda-tanda badan kita kekurangan Collagen?

  • Kehilangan kalsium dalam badan, membuatkan kita sering berasa sakit sendi dan sakit belakang
  • Kulit hilang keanjalan, kulit menjadi kering dan nampak kasar   
  • Tona kulit tak sekata, kulit mudah kering dan nampak kusam 
  • Nampak tua sebelum umur 
  • Pori-pori muka semakin besar dan jeragat yang banyak
  • Kulit mudah ditumbuhi jerawat dan parut jerawat susah hilang
  • Garis-garis dan kedutan nampak ketara ketika ketawa
  • Lingkaran hitam dan eyes bags nampak jelas 
  • Payu dara dan punggung semakin kendur
  • Rambut menjadi kering dan bercabang
  • Tapak kaki menjadi pecah-pecah dan kasar



7 Ramuan semulajadi Shaklee Collagen Powder yang tidak boleh disangsikan lagi

Salah satunya yang paling istimewa ialah Sisik ikan Merah - RSS(Red Snapper Scale)
Ramuan utama yang terunggul dalam menghasilkan Collagen Powder dengan menggunakan sejumlah 4000mg Collagen estrak dari sisik ikan merah yang didapati dari kedalaman 5000m dari paras laut.waaa hebat tu



Antara Ramuan Shaklee Collagen Powder yang terhebat dan teristimewa 


Ekstrak Biji Camellia Japonica. Vitamin C , Ekstrak Pfaffia, Ekstrak kulit kerang laut dan banyak lagi..

Khasiat dan Kelebihan  Shaklee Collagen Powder


Anti Penuaan - Mengurangkan kedutan dan mengecilkan liang roma

Melebap - Melembapkan dan menghalang kekeringan kulit

Mencerah - Memudarkan pigmentasi dan jeragat

Menegang - Terbukti menegangkan buah dada dan punggung

Menyubur - Menyuburkan rambut, kuku dan kulit

Melancarkan pergerakan - Melancarkan pergerakan sendi dan badan lebih aktif

Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih anjal dan tampak lebih muda


                   Yang pastinya. ramai yang sukakan Shaklee Collagen Powder kerana ia lebih mudah dan praktikal,  mudah dibawa ke mana-mana, boleh diminum dengan minuman kegemaran serta hasilnya                                                       yang memang membanggakan.

TESTIMONI


Kulit muka lebih licin dan cerah, jeragat makin pudar



Jerawat makin hilang dan wajah makin cerah



Kedutan dan garisan makin hilang, kulit makin anjal

Tak percaya, ramai yang sudah menggunakannya dan telah terbukti hasilnya..
ada yang hanya guna 1 kotak Shaklee Collagen powder sudah nampak hasilnya, ada yang amalkan selama 21 hari. Namun Shaklee menawarkan supaya diamalkan selama 8 minggu secara konsisten alami sendiri perubahan dan hasilnya lebih ketara serta membanggakan,



                 Saya tahu ramai yang sudah mencuba pelbagai produk di luar sana, dan sudah berputus asa namun, adat orang meniaga,ramai yang nak meniaga dan buat produk cuma mungkin cara mereka yang berbeza..nasihat saya jangan cepat terpedaya dengan produk-produk di luar sana..gunalah produk yang berkesan,semulajadi dan selamat dan pastikan halal.

Dapatkan sebelum promosi bulan september berakhir
# Bulan ni promo Buy 1 Meal Shakes 3 free 1 Meal Shakes
#Buy 6 Collagen Powder free 1 Collagen Powder
#Nak lagi istimewa please contact saya terus ye..

Cantik Bergaya dengan Shaklee

Sebarang pembelian@pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada saya ( Haida) :
In sya allah saya akan memberikan konsultasi terbaik buat anda

http://www.facebook.com/haida83
pm/sms/whatsApp : 0182064760
E-mail : inspirasihaida@gmail.com











  

Sunday 14 September 2014

Nutrisi berkhasiat penting buat anak

 Nutrisi penting yang diperlukan oleh anak-anak kita

           Sebagai ibubapa kita memang perlu mementingkan kesihatan diri, keluarga dan anak-anak kita, kita perlu ambil peduli dan ambil tahu apa yang diperlukan mereka dan apa yang tak diperlukan oleh mereka. Bukan setakat pakaian, makanan tetapi nutrisi berkhasiat dan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan mereka demi memastikan kesihatan mereka di tahap yang optimum serta dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

           Anak-anak yang masih kecil mudah terdedah kepada pelbagai penyakit kerana tubuh mereka masih belum kuat untuk menepis virus atau penyakit yang sentiasa berada di sekeliling mereka. Oleh kerana sisitem imunisasi tubuh mereka lemah maka mereka memang berisiko dan mudah untuk terkena penyakit berjangkit seperti batuk, selsema dan demam..itulah sebabnya mereka perlukan khasiat dan nutrisi yang penting untuk tumbesaran mereka..kan orang tua-tua selalu kata batuk,selsema dan demam ni teman sepermainan kanak-kanak. Betul dan tepat tu tapi takkan la kita sanggup tengok anak-anak sakit dan merengek sentiasa.So apa ikhtiar kita sebagi ibubapa?takkan nak tengok and pasrah sahaja.baca lagi mengenai makanan berkhasiat bantu tumbesaran anak-anak



        So sebagai ibubapa yang memahami keperitan dan kesengsaraan yang dialami anak-anak pastinya akan mencari-cari petua, ubat, suplemen dan cara-cara mengatasi masalah kesihatan anak-anak kita.Kalau yang tak ambil peduli tu maknanya mereka bukanlah ibubapa yang ambil berat tentang keadaan anak-anak mereka, tahu beranak je tak guna juga ye..jangan sibuk tambah kuantiti kalau yang ada tak boleh jamin kualiti, tak pasal-pasal kena tanya kat akhirat nanti sebab mempersiakan amanah yang diberi..wah dah macam sajak pulak:p apa pun carilah sesuatu yang boleh membekalkan nutrisi penting dan berkhasiat buat anak-anak kita.Baca lagi mengenai vitamin pelengkap nutrisi anak-anak

        Ibubapa sanggup berhabisan demi memastikan mereka dan anak-anak mereka bergaya, sekali sekala tu biasa la cuma jangan selalu. Namun, jangan hanya pentingkan apa yang perlu ditayangkan kepada orang ramai sahaja tetapi kesihatan dalaman dan luaran diri sendiri dan anak ditolak ke tepi. Baju bertukar sentiasa, kasut pun sentiasa baru namun kualiti kesihatan diri, keluarga dan anak terjejas, tak nak la macam tu, cuba jadi ibubapa yang cemerlang, bukan setakat bergaya ke tempat kerja tapi lebih penting sihat dan barula boleh bergaya.Anak-anak pula bebas menjalani kehidupan mereka tanpa dirisaukan apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesihatan yang mana boleh menjejaskan kesihatan dan kecerdasan mereka.Selalu pastikan adakah nutrisi dan khasiat yang kita sediakan buat mereka itu mencukupi atau sebaliknya.Jika tidak cubalah ikhtiarkan sesuatu sebelum makin parah dan serius.


Friday 5 September 2014

Resepi Meal Shakes Shaklee terhebat

   Resepi Meal Shakes Shaklee yang sedap dan lazat

Anak-anak saya suka sangat minum Meal Shakes Shaklee ni, mereka kata sedap..asal buat air je mesti dipesan pada saya awal-awal "mama jangan lupe letak Meal Shakes ye" huhu saya akan senyum je sebab sebelum ni saya campurkan Meal Shakes dah tapi mereka tak tahu. Kalau pergi berjalan-jalan pun mereka akan pesan pada saya atau suami saya " jangan tinggal Meal Shakes tau" 
Kadang-kadang tu mereka siap pesan pada pengasuh mereka lagi mintak campurkan Meal Shakes dalam susu or minuman mereka. Hebat betul penangan Meal Shakes ni.. 

Bersempena dengan promo Meal Shakes pada bulan september ini, buy 3 Meal Shakes free 1  Meal shakes..jadi saya memang takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan stok Meal Shakes Shaklee buat anak-anak tercinta. Lagipun khasiat dan kebaikkan Meal Shakes memang tak boleh dinafikan lagi, anak-anak saya perlukan Meal Shakes untuk perkembangan mental dan fizikal mereka serta yang paling penting untuk ketahanan badan mereka.


Halang penyakit dari dijangkiti


Anak-anak memang mudah terkena penyakit, demam, batuk, selsema dan banyak lagi, kalau di rumah kita begitu mengambil berat tapi keadaan diluar terlalu berbahay buat mereka, tambah-tambah sekarang ni penyakit makin advance so kita para ibubapa perlu advance juga.

Di sini saya ingin berkongsi resepi nak buat Meal Shakes Shaklee yang sedap dan lazat,dan pastinya terhebat.



Di sini saya ingin berkongsi resepi nak buat Meal Shakes Shaklee yang sedap dan lazat,dan pastinya terhebat di alaf ini.


(sesuai untuk anak-anak & ibu mengandung)

1) Bancuh milo/ vico/serbuk koko macam biasa dan campurkan 2 sudu Meal Shakes Shaklee
(anak saya seronok jika ditambah ais beberepa ketul)


2) Bancuh horlicks macam biasa dan campurkan 2 sudu Meal Shakes Shaklee
(jika suka boleh tambah ais atau minum suam)

3) Susu kotak berperisa coklat atau strawberry yang dibeli dari kedai campurkan dengan
 2 sudu Meal Shakes Shaklee

4) Air soya dalam kotak atau dalam botol campurkan dengan 2 sudu Meal Shakes Shaklee

5) Bancuh 1 cawan susu atau susu segar, 2 biji strawberry, beberapa ketul ais dan 2 sudu Meal Shakes kemudian kisar (blend) 
(boleh juga gunakan buah-buahan lain jika suka)

Boleh juga dicampur ke dalam bubur nasi yang sudah sejuk atau nestum utk bayi yang berumur 1 tahun ke atas.

Untuk mereka yang nak naikkan berat badan atau yang bercita-cita nak bina badan  bolehlah mengamalkan Meal Shakes ini dan minum Meal Shakes selepas makan. 

Tak kisahla macam mana pun caranya yang penting anak-anak kita enjoy dengan minuman Meal Shakes Shaklee ni suapaya mereka mengharungi kehidupan mereka dengan lebih sihat dan selamat in sya allah.Kita mampu merancang namun ALLAH jua yang menentukan segalanya..Kalau anda ada resepi Meal shakes yang lazat, anda boleh kongsikan atau hantar testimoni anda dan anakanda kepada saya..

Testimoni



Artist Rita Rudaini amalkan Meal Shakes buat anaknya.


Anak sihat ibu gembira


Cantik Bergaya dengan Shaklee



# Promo bulan September 2014
Buy 6 Collagen Powder free 1 collagen powder..jimat tu
kalau nak beli 1 kotak je pun boleh, PM saya, in sya allah saya akan bantu anda..



Sebarang pembelian@pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada saya ( Haida) :

http://www.facebook.com/haida83
pm/sms/whatsApp : 0182064760
E-mail : inspirasihaida@gmail.com











Tuesday 2 September 2014

Turun 6kg dengan slimming set

 Kenapa perlu berlapar?

                    Dalam masa 1 bulan saya menggunakan produk shaklee slimming set dan alhamdulillah saya berjaya hilang 6 kilogram daripada berat badan saya tanpa perlu bersenam dan tidak perlu berlapar menahan nafsu makan. Saya just minum 1 scoop cinch setiap pagi yang dibancuh dengan air sejuk.Manakala setelah selesai makan tengahari atau setelah makan makanan yang berat macam nasi dan roti saya akan telan lecithin 2 atau 3 biji bergantung pada jumlah yang saya rasa perlu untuk sental lemak-lemak yang terkandung dalam makanan yang saya makan. Begitu juga pada waktu malam, kalau terasa lapar saya akan makan apa-apa yang saya rasa nak makan macam nasi ke apa-apa ke tapi saya akan pastikan yang saya perlu telan lecithin 2 atau 3 biji selepas makan.

                   Jujur saya katakan mulanya saya tidak percaya dengan produk shaklee slimming set ini, kerana banyak produk pelansingan badan yang sudah saya cuba namun ttidak berkesan dan tidak berjaya. Ada produk yang buatkan saya berpeluh-peluh, berdebar-debar, jantung bergerak pantas dan ada juga yang menyebabkan rambut saya gugur dengan banyaknya. Tak kurang juga ada produk yang menurunkan berat badan saya namun, seteleh berhenti mengamalkan produk tersebut kesannya badan saya lagi menjadi-menjadi naik timbangannya.Lagi bertambah pening jadinya.


Shaklee slimming set (full set & bajet set)


                   Sehinggalah pada suatu hari suami saya memberitahu yang dia telah membeli set resdung dari shaklee dan akan cuba menggunakannya setelah mendapat nasihat dari sahabatnya.Alhamdulillah penyakit resdungnya semakin baik dan berkurangan hanya dengan botol yang pertama lantas kami mengambil keputusan untuk menjadi ahli shaklee sendiri kerana harganya lebih murah. kalau anda ada masalah resdung bolehlah rujuk atau hubungi saya.Maka melihatkan keberkesanan produk-produk shaklee ini,lantas saya memasang cita-cita untuk mencuba shaklee slimming set (full set) ini.Saya berfikir lama kerana telah banyak produk pelangsingan yang sudah say cuba namun saya cuba memujuk diri ini dan memberanikan diri agar memberi peluang kepada diri sendiri dan cuba mempercayai produk shaklee slimming set ini.

Turun 3kilogram pada awalnya


                   Alhamdulillah setelah sebulan saya consume shaklee slimming set ini, nyata ada perubahan walaupun sedikit namun memberi harapan. Saya turun 3kilogram pada awalnya walaupun saya tak begitu fokus dalam mengamalkan shaklee slimming set pada waktu itu, ada time saya minum ada time saya lupa. Setelah melihat ada perubahan maka saya terus pasangkan niat supaya consume shaklee slimming set ini dengan bersungguh-sungguh, hinggalah berat badan saya turun sebanyak 5kilogram. Saya rasa amat seronok dan gembira,mana taknya bukan senang nak turun berat badan ni, naik badan memang senangla huhu.

Berat turun lagi

                   Oleh kerana sudah turun sebanyak 5 kilogram, saya berhenti minum shaklee slimming set (full set) kerana saya nak cuba consume dengan shaklee slimming bajet set pula iaitu 1. Lecithin dan 2. Herb-lax sahaja. Alhamdulillah berat badan saya tak naik dan tak turun,namun maintain dan kekal begitu serta nafsu makan saya pun macam biasa sahaja tak bertambah mendadak tak seperti produk lain yang pernah saya cuba.Apabila berhenti mulalah makan tak ingat dunia. Jadi memang benarlah shaklee slimming bajet set memang membantu membakar lemak yang kita makan dan menyah toksin-toksin dalam badan yang baru sahaja terbentuk namun hasilnya tak sehebat shaklee slimming full set. Baca lagi mengenai shaklee slimming set (bajet set) tapi ada orang sesuai, walaupun hanya amalkan shaklee slimming set (bajet set) masih boleh turunkan berat badan, jadi terpulanglah kesesuaian pada badan sesorang itu.

                  Pada pandangan saya shaklee slimming bajet set ini sesuai untuk mereka-mereka yang ingin mengekalkan bentuk badan dan memastikan berat badan yang ideal. Maknanya kalau betul-betul nak turunkan berat badan dan buang lemak-lemak yang dah lama bersarang dalam badan kita ni, tidak dapat tidak kita perlulah mengambil shaklee slimming full set kerana ia lebih pakar dan arif dalam membantu menurunkan berat badan yang sudah lama bersarang. Yang beratnya sudah melebihi 5,6kilogram atau 20kilogram ke atas, saya sarankan anda amalkan shaklee sliming set (full set) ini terus dan consume betul-betul kerana ia memang dicipta khas untuk mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.Baca lagi mengenai shaklee slimming set (full set)


Turun lagi..dan lagi..


                  Setelah seminggu mengamalkan shaklee slimming set (full set) kembali, berat badan saya sudah berkurangan sebanyak 6 kilogram, alhamdulillah syukur sangat-sangat. Matlamat saya masih jauh lagi jadi saya masih perlu terus mengamalkannya kerana saya mahu hilangkan berat badan saya sebanyak mana yang boleh kerana saya ingin menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bermakna bersama-sama keluarga tercinta. Bahagia rasa bila berat badan turun, rasa ringan je.

                 Apa yang paling membuatkan saya jatuh hati dengan shaklee slimming set (full set) ini, ia membantu menyelesaikan masalah dari dalam kerana, apabila kita consume shaklee slimming set (full set) ini betul-betul, lama-kelamaan perut anda akan belajar supaya makan sedikit dan akan cepat berasa kenyang. Jadi lama-kelamaan anda akan terbiasa makan sedikit sahaja. Itulah sebabnya badan anda tak akan mudah naik walaupun setelah anda berhenti dari mengamalkannya kelak in sya allah.

                 Shaklee slimming set (full set) ini merupakan produk pertama yang saya benar-benar teruja nak guna sangat-sangat sebabnya selepas melahirkan dua orang anak, badan saya naik dan selera makan pula makin menjadi-jadi, mulut ni asyik rasa nak mengunyah je.So alhamdulillah ada perubahan setelah mengamalkan shaklee slimming set ini, walaupun pada awalnya saya tak begitu konsisten namun masih menampakkan perubahan dan hasil, dan setelah menyedari ia amat berkesan, kini saya mengamalkannya dengan bersunguh-sungguh supaya kesannya lebih cepat berkesan.

                 Saya pengguna shaklee yang setia..bermula dengan membaca dan mengamati pengalaman teman-teman dan orang lain yang pernah menggunakan produk shaklee..kini saya telah menggunakan produk-produk shaklee itu sendiri untuk membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan saya serta keluarga saya.Kini saya berkongsi kegembiraan ini dengan teman-teman dan anda semua.

                 Testimoni

                               










Ramai yang sudah berjaya..apakata kita beri peluang pula pada diri kita. Tak salah mencuba dan berusaha yang salahnya bila kita tak berusaha dan berputus asa..

Saya tahu ramai yang sudah mencuba pelbagai produk di luar sana, dan sudah berputus asa namun, adat orang meniaga,kita nak meniaga orang pun nak meniaga..orang buat produk,kita pun nak buat produk..nasihat saya jangan cepat terpedaya dengan produk-produk di luar sana..gunalah produk yang berkesan,semulajadi dan selamat.

Saya berani jamin, tiada produk yang boleh turunkan berat badan dengan cepat jika tiada effect dan kesan yang tak baik pada badan kita nanti..kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.



Cantik Bergaya dengan Shaklee




Sebarang pembelian@pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada saya ( Haida) :

http://www.facebook.com/haida83
pm/sms/whatsApp : 0182064760
E-mail : inspirasihaida@gmail.com


Thursday 21 August 2014

Mencegah merawat dan menghindari kanser

Apa itu kanser?

Anggaran daripada World cancer report sebanyak 50% iaitu bersamaan dengan 15 juta orang peningkatan jumlah pesakit kanser menjelang tahun 2020 di seluruh dunia.Kanser merupakan pembunuh utama yang membunuh secara senyap.Kanser juga amat susah dan sukar untuk dikesan pada awal permulaannya.Jadi kita memang digalakkan supaya mencegah dan menghindari kanser sebelum kita disahkan menghidapi kanser.Apa yang amat merisaukan kita, penyakit kanser ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan cara yang pelbagai.Justeru itu, kita dinasihatkan supaya menitik beratkan penjagaan kesihatan kita dan kesihatan keluarga serta mencegah dan menghindari dari menjadi mangsa kanser baca lagi..betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan insan tersayang

Kanser merupakan penyakit yang berkaitan dengan sel.Badan kita terdiri daripada berjuta sel dan ianya akan mati dan tercedara disebabkan faktor umur yang meningkat.Sel-sel ini akan berganti dengan sel-sel yang baru namun ada juga sel-sel yang tidak normal akan bertambah dan mengembang tanpa henti.Keadaan ini disebabkan kurangnya khasiat yang diperlukan tubuh badan untuk memperbaharui sel yang telah mati atau yang tercedera.Ia akan menyebabkan sel-sel yang tidak normal hidup lebih lama dari sel-sel yang normal serta sel-sel yang tidak normal pula akan membentuk sel-sel yang baru yang tidak normal juga.

DNA sepatutnya bekerja untuk menghasilkan sel-sel yang baru, namun jika badan tidak mendapat khasiat yang terbaik dan tidak mencukupi maka sel-sel yang dihasilkan juga kurang baik, ini akan mengeruhkan lagi keadaan pesakit kenser kerana semakin lama semakin banyak sel-sel kanser diaktifkan.





Tahukah anda apakah yang menyebabkan kanser?

1) Faktor Genetik - faktor keturunan(kehadiran gen-gen tertentu) yang boleh menyebabkan adanya ketumbuhan.
2) Faktor persekitaran - Pendedahan kepada sinar tertentu seperti bahan kimia
3) Jangkitan virus - Terdedah kepada virus atau dijangkiti virus tertentu
4) Perokok - Perokok tegar dan perokok pasif(individu yang tidak merokok namun terdedah kepada asap rokok)
5) Radikal bebas - pemusnahan atau pengubahan hasil daripada metabolisme tubuh baca lagi mengenai radikal bebas


Jenis-jenis kanser 

Kanser merupakan pembunuh di antara yang teratas di dunia, kanser juga merupakan salah satu punca kematian global dengan angka mencapai sebanyak 13 peratus bersamaan dengan 7.4 juta daripada punca kematian setiap tahun.baca lagi tentang jenis-jenis kanser

 Antara kanser yang biasa menyerang kaum lelaki ialah : 
1) kanser paru-paru
2) kanser perut
3) Kanser hati
4) kanser usus
5) Kanser esofagus(kerongkong)

Antara kanser yang biasa menyerang kaum wanita ialah :
 1) Kanser payudara
 2) Kanser paru-paru
3) Kanser perut
4) Kanser kolorektal
5) Kanser serviks

Cara mencegah, merawat dan menghindari kanser

Thursday 17 July 2014

ubat untuk sakit kepala migraines

Adakah anda mengalami migraines?Ketahui cara mengubatinya..

Migraines merupakan sakit kepala yang amat menyakitkan, bagi mereka yang pernah mengalami migraines dan sakit kepala tentunya arif sangat bagaimana menanggung kesakitan ketika diserang migraines dan sebab berlakunya migraines ini.Kepala akan terasa berdenyut-denyut dalam masa yang lama dan menyerang di sebelah kepala sahaja beserta loya dan muntah-muntah.Bunyi bising dan pergerakkan yang banyak akan menambahkan lagi kesakitan begitu juga bau-bauan dan cahaya yang terang yang boleh menyilaukan pandangan akan menambahkan lagi kesakitan kepada pesakit.

Apa penyebab migraines?

Migraine boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
1) Keturunan (ibu atau ayah yang ada sejarah migraine yang teruk) 
2) Stress dan tekanan
3) Tidak cukup tidur 
4) Tidur yang terganggu 
5) Terlebih tidur
6) Tidak cukup rehat atau badan terlalu penat
7) Makan lambat atau perut kosong dalam jangka masa yang lama
8) Terdedah dengan cuaca panas
9) Jangan makan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi
10) Jangan makan makanan yang mengandungi Thyramine seperti keju dan cheese, terlalu banyak

Saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sebab saya pun pesakit migraines, begitu juga pengalaman dari kawan-kawan yang menghidap migraines serta meminta pandangan dari doktor mengikut kajian menurut sains.baca lagi mengenai sakit kepala dan migraine




Cara merawat sakit kepala dan migraines

Setelah berbincang dengan doktor yang merawat dan mempunyai kepakaran mengenai masalah penyakit migraines dan sakit kepala. Beliau menasihatkan supaya kita mencari jalan terbaik dengan meneganal pasti sebab yang menyebabkan penyakit migraines dan sakit kepala ini menyerang iaitu dengan  mengelakkan dari terus berlakunya migraines anda disarankan agar menjaga kesihatan diri dan mengelakkan apa-apa yang boleh menyebabkan sakit kepala dan migraines menyerang lagi.baca lagi how to preventing migraines

Monday 14 July 2014

Tips mengubati senggugut ketika haid

Atasi sakit senggugut ketika haid (period)

Senggugut atau 'dysmenorrhoea' bermakna pengaliran haid yang menyakitkan.Penyakit senggugut dikenali dengan nama (PMS) premenstrual dysphoric disorder) Semua wanita pasti pernah mengalami senggugut ketika didatangi haid, namun yang membezakan kesakitan yang dialami adalah kadar kekerapan dan skala kesakitan 1-10 dan kesannya.Bukan semua wanita mengalami senggugut yang teruk ada yang hanya sakit perut biasa dan ada juga yang teruknya sampai termuntah-muntah dan rasa seperti kekejangan otot. Namun, senggugut memang mengganggu wanita ketika didatangi haid.Sengugut disebut juga sebagai period pain.baca lagi untuk ketahui lebih lanjut

Sakitnya senggugut ketika didatangi haid ini memang agak susah untuk diterangkan kerana sakitnya adalah berbeza bagi setiap wanita yang mengalaminya.Kesakitan yang dialami memang membuatkan sesorang itu merasakan keadaan yang tidak cukup selesa dan kadang kala hingga tak mampu melakukan apa-apa aktiviti harian dan ada juga yang hanya terbaring sahaja di katil serta mengambil cuti atau MC..




Tips mengubati senggugut ketika haid 

1) Elakkan makan atau minum air yang sejuk beberapa hari sebelum haid
2) Banyakkan minum air suam sewaktu senggugut 
3) Tuam dengan tungku atau air suam (isikan dalam botol mineral)
4) Gunakan minyak panas dan disapu ke perut hingga ke betis
5) Minum teh pekat tanpa gula
6) Minum air rendaman halia  
7) Makanlah vitamin yang mampu membantu mengurangkan kesakitan
8) Makanlah ubat tahan sakit (tapi tak digalakkan takut ade side effect)

Emm Cubalah amalkan apa yang telah saya kongsikan,kerana ia membantu mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid..Mana saya tahu ye?sebab saya pun mengalaminya juga.baca lagi tips-tips traditional yang boleh membantu

Cara saya mengubati senggugut ketika haid 

Sebelum berkahwin penyakit senggugut semasa haid saya memang teruk,beberapa hari sebelum haid or period saya akan rasa sakit-sakit badan, tak keruan rasa nak marah, sentiasa haus, tak lalu makan dan banyak lagi.Bila didatangi period pula sakitnya pula teramat sangat,lenguh dan kejang dari pinggang ke kaki dan kadang-kadang hingga tak boleh berjalan dan muntah-muntah. Sakit perut beriya kuat tapi darah yang keluar sedikit sahaja itu yang membuatkan senggugut bertambah teruk.

Kalau senggugut saya dah sakit yang teramat sangat saya akan minum air panas dan tuam dengan air panas, sapu minyak angin di seluruh badan, mandi air panas itupun kalau saya larat nak bangun dan berjalan..kalau senggugut saya dah sampai termuntah-muntah perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah makan 2 biji panadol dan tidur, kalau masih sakit lagi saya akan makan panadol lagi.

Tapi sampai bila?


Tuesday 8 July 2014

Tips banyakkan susu ibu

Tips banyakkan susu ibu

Semua ibu yang melahirkan akan cuba menyusukan bayi mereka sejurus selepas kelahiran bayi mereka.
Namun tidak semua bernasib baik dalam menyusukan bayi mereka.
Ada yang beruntung kerana dapat menyusukan bayi mereka dengan baik tanpa sebarang masalah. Ada juga ibu-ibu yang tidak berjaya kerana beberapa masalah yang dialami seperti puting susu tenggelam, puting susu terlalu kecil, susu tidak mencukupi dan macam-macam lagi.
Namun, ia bukannya sebab untuk anda tidak menyusukan bayi anda. 

8 Tips berkesan banyakkan susu

Ibu-ibu di luar sana janganlah risau kalau ada yang kurang susu sebab ada cara untuk mengatasinya.
Banyak juga petua-petua yang boleh diamalkan untuk banyakkan susu ibu, namun bagi ibu yang bekerjaya mereka perlu bergerak pantas dan inginkan hasil yang cepat. Baca juga petua orang kampung


1) Rajinkan perah susu

Rajinkan diri supaya perah susu sekerap yang boleh.Kalau boleh satu jam sekali kerana ia merangsang dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.Semakin diperah semakin banyak susu akan terhasil.
Ada yang suka perah dengan menggunakan tangan sahaja kerana mudah katanya.Ada juga yang perah dengan menggunakan alat pemerah untuk banyakkan susu ibu.
Tak kisah cara bagaimana yang anda nak guna yang penting anda selesa dan boleh mula buat stok susu.


2) Simpan susu yang telah diperah

Sebaiknya anda simpan susu yang telah anda perah, terutamanya bagi ibu yang bakal bekerja semula atau ibu yang sedang melanjutkan pelajaran.
Jadi bila dah mula kerja or kelas nanti tak terkejar sangat nak bahagikan masa buat stok untuk banyakkan susu.
Simpan susu dalam freezer supaya susu boleh bertahan selama 3 bulan.
Gunakan plastik untuk menyimpan susu, kerana ini dapat menjimatkan ruang freezer.
Labelkan dengan tarikh kerana akan memudahkan anda.




3) Minum air masak dengan banyak

Air masak memang famous, nak kurus pun kena banyak minum air masak, nak sihat dari sakit pun kena banakkan minum air masak juga.So memang air masak ini sangat membantu tubuh badan supaya cergas dan sihat. pengambilan air masak yang banyak mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan serta membantu meningkatkan kualiti susu dan banyakkan susu ibu.Baca juga khasiat air masak




Sunday 6 July 2014

Tips turunkan kolestrol bersama Phytocol-St..

Assalamualaikum semua..
semoga sihat dan ceria..


Kolestrol yang tinggi punca penyakit jantung dan darah tinggi..cara pemakanan juga perlu diberi perhatian kerana ia memang berkait rapat..kalau kolestrol tinggi pemakanan memang perlu dijaga.. tak boleh main belasah ikut sedap rasa je..sebab yang akan sakit pun anda juga..wah macam sajak pulak :p

Kolestrol merupakan lemak dan dikenali sebagai lipid, ia dihasilkan dari haiwan dan juga dari tubuh sendiri di bahagian hati..molekul kolestrol diangkut melalui darah yang terkandung dalam protien yang diambil dan dikenali sebagai lipoprotien..Lipoprotien terbahagi kepada dua jenis iaitu..

1) Kolestrol LDL (Low Density Lipoprotien) ia dikenali sebagai kolestrol jahat yang mampu termendap dalam saluran darah dan menyebabkan salur darah menjadi tersumbat dan meningkatkan penyakit kardiovaskular.

2) Kolestrol HDL (High Density Lipoprotien) ia juga dikenali sebagai kolestrol baik. Dapat menurunkan risiko serangan jantung kerana ia mencegah penyempitan salur darah dan mengurangkan mendapan kolestrol dalam salur darah.




Tips menurunkan kolestrol

1) Makan mengikut sukatan dan apa yang diperlukan tubuh..misalnya nasi segenggam tangan anda, banyakkan lauk dan sayuran.

2) Banyakkn makan sayur dan buah-buahan yang tinggi anti oksidan mengandungi vitamin A,C&E

3) Banyakkan makan ikan kerana ia kaya dengan omega-3 seperti sardin,tuna,salmon dan lain-lain.

4) Makan bijirin dan tinggi serat dipermulaan pagi

5) Makan pilihan kekacang seprti soya, tempe, pistachio,badam dan sebagainya

6) Kurangkan stress, nikmati hidup dengan lebih gembira

7) Bersenam atau beriadah atau berjalan-jalan supaya berpeluh

8) Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak..(seminggu sekali)


Kesimpulannya anda perlu amalakan gaya hidup yang sihat..makan makanan mengikut pola makanan yang betul..banyakkan makan buah dan sayuran kerana ia memang ternyata jelas membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda..

Elakkan makan makanan yang sukar dicerna dan membebankan tubuh badan anda..apabila anda makan sesuatu yang berkolestrol tinggi..sebenarnya anda telah memaksa anggota dalaman anda bekerja keras dan kadang kala melibihi kemampuan mereka..

Cara terbaik untuk singkirkan kolestrol

Bagi mereka yang suka makan, samada yang berkolestrol or yang tidak berkolestrol sangat, anda tidak perlu risau lagi mengenai kolestrol makanan yang ingin anda makan..saya mencadangkan agar anda gunakan Phytocol-ST sebagai salah satu  langkah penyelamat yang boleh membantu anda untuk singkirkan kolestrol yang terkandung dalam makanan yang anda ambil tersebut..





Phytocol-ST merupakan new product dari Shaklee, ianya dihasilkan khas untuk membantu menurunkan paras kolestrol yang tinggi dalam darah dan ia mengandungi 2000mg fitosterol..Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian anda, dapat merendahkan kadar kolestrol dalam darah anda kerana ia membantu mencegah penyerapan kolestrol ke dalam salur darah. 

Phytocol-ST memang sesuai untuk semua lapisan umur, tambah sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan..ini kerana kebanyakkan dari kita ini, ramai yang bekerja dan menguruskan banyak hal..hingga tak sempat nak bersenam dan beriadah, makan pun ikut suka sahaja..jadi memang sesuai sangat kalau anda amalkan Phytocol-ST ini..

TESTIMONI 







Bertindaklah sekarang..cegah sebelum parah..



#jom sihat bergaya dengan Shaklee
#jana side income anda dengan tawaran bisnes dr shaklee hanya dari rumah..
#nak brape angka 4,5 angka..semuanya boleh 


Sebarang pembelian@pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada saya ( Haida) :
http://www.facebook.com/haida83
pm/sms/whatsApp : 0182064760
E-mail : inspirasihaida@gmail.com

in sya allah saya akan cuba memberikan yang terbaik..dari segi nasihat dan harga..