Monday 30 March 2015

Memberikan Nama Anak Mengikut Islam

Panduan Menamakan Anak dan Hukumnya

           Tidak dinafikan bahawa ibubapalah insan yang paling gembira tatkala diberitakan yang si isteri sah mengandung. Terbayang detik kebahagian yang bakal tiba dan syukur dipanjatkan buat yang Maha Esa. Setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka lantas diikhtiarkan apa yang termampu untuk membahagiakan si anak yang bakal lahir menjengah dunia. Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan si anak lahir dengan sempurna dan diberikan keperluan secukupnya.

               Dalam keghairahan menyiapkan kelengkapan untuk bakal anak tersayang, pencarian nama adalah paling utama, kerana nama yang istimewa ini akan terpahat hingga ke syurga kelak. Namun, begitu adakah ibu bapa peka dengan makna yang bakal dinamkan buat anak mereka kelak? ini kerana nama juga merupakan simbol yang khusus yang mana dengan nama juga mampu membezakan anak itu islam atau bukan islam. Nama juga amat mempengaruhi perangai dan keperibadian serta mencerminkan sikap sesorang anak itu. 


Trend Terkini Menamakan Anak 


               Menjadi trend ibubapa di masa kini dengan meletakkan nama yang panjang dan berbelit-belit untuk disebut dan untuk ditulis. Ini juga menimbulkan masalah pada masa akan datang ketika ingin melangsungkan pernikahan, kesian kat pengantin lelaki dah lah nervous tengok orang ramai-ramai, nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami lagi dah tu nama bakal si isteri pulak agak susah disebut dan panjang berjela, berbelit jugalah lidah pak imam nak menyebutnya. Nama anak yang panjang juga amat menyukarkan guru yang perlu menulis nama dengan panjangnya dalam buku rekod dan dalam sistem perekodan di sekolah dan nak menyebutnya juga mendatangkan masalah buat guru. Ibubapa juga perlulah memikirrkan semula dan cuba mengelakkannya ini kerana jika tersalah sebut nama ianya boleh mengubah makna yang baik kepada yang tidak baik, nauzubillah. Oleh itu, islam telah meletakkan garis panduan dalam memberikan nama anak mengikut cara yang disarankan islam. 
 

Namakan dengan cara yang disarankan oleh islam


                    Mengikut Imam Nawawi Rahimahullah sunat memberikan nama anak pada hari ketujuh kelahiran atau hari pertama dilahirkan begitu juga sunat diberikan nama anak yang telah meninggal sebelum sempat tujuh hari kelahiran. Sunat juga memberikan nama buat anak yang telah gugur dalam kandungan sebelum sempat dilahirkan, di mana anak ini telah ditiupkan rohnya jadi memberikan nama buatnya adalah sunat dilakukan. Beruntungnya ibubapa ini kerana anak ini akan menunggu kalian di akhirat kelak lantas menjemput dan memimpin tangan kalian untuk masuk ke syurga bersama mereka.

Cara Menamakan Anak Mengikut Cara Islam


 Disunatkan memberikan nama yang baik-baik

 Harus memberikan nama sempena nama para nabi Nuh, Sulaiman, Muhammad dan lain-lain

 Memberikan nama dengan makna yang baik-baik

 Mengikut Imam Syafi'e harus menamakan anak dengan nama-nama malaikat

 Makruh menamakan anak dengan nama yang buruk seperti zalim, syaitan, Murrah, Harb dan  lain-lain

Ulama' bersepakat bahawa menamakan anak dengan nama-nama yang menunjukkan pengabdian   kepada  kuasa lain selain Allah s.w.t. seperti Abdul Kaabah, Abdul Nabi ataupun Abdul Uzza hukumnya adalah haram

Elakkan dan jauhi dari memberikan nama anak seperti orang bukan islam 

Tidak memberikan nama anak dengan nama yang memberikan makna yang lemah, berputus asa, sedih

Disunatkan mengubah nama-nama yang tidak baik kepada nama dan makna yang lebih baik ini kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah mnegubah nama seorang wanita kepada nama dan makna yang lebih cantik Ashiah (Perempuan yang ingkar) kepada Jamilah (Perempuan yang cantik)

 Tidak memanggil dengan nama singkatan kerana ia boleh mengubah makna nama tersebut contohnya Aisyah..kita panggil syah so hilanglah maknanya yang indah itu

Memanggil dengan panggilan yang baik-baik kerana ia merupakan doa


Nama Yang Baik Mencerminkan Keperibadian Seseorang

          Oleh itu sebagai ibubapa menjadi tanggungjawab kita memberikan nama yang cantik yang mengambarkan makna yang cantik dan baik untuk anak-anak kita.Tidak wajar dan tidak baik untuk mencontohi nama-nama seperti orang bukan islam jika kita hanya ingin mencari glamour sedangkan nama yang bakal kita panggil setiap hari merupakan doa buat si anak. Juga tidak perlulah kita bersikap tamak dalam memberikan nama yang terbaik buat anak-anak kita, dengan memberikan nama  yang panjang hingga susah disebut dan menyusahkan orang ramai dan ini akan lebih menyusahkan anak-anak kita.

         Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan buat kita semua yang bergelar ibubapa. Akhir kata, jagalah anak yang telah diamanahkan Allah ini dengan sebaik mungkin dan ajarilah mereka dengan ilmu dunia serta ilmu akhirat yang lebih utama, jangan sampai kita pula dipersalahkan oleh mereka di akhirat kelak kerana telah mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab kita kepada mereka..Nauzubillahi min zalik..


Panadol Punca Baby Jadi Hyperaktif? takutnya..
#Set Kehamilan yang hebat untuk diamalkan buat yang bakalbergelar ibu..
#Ketahui Tips Banyakkan susu Ibu..
#Ketahui rahsia..Tampil Kurus dan Langsing Selepas Pantang..
                       
Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin





Saturday 21 March 2015

Cara Hilangkan Parut Jerawat Semulajadi

Kulit Berjerawat dan Berparut?

Memiliki wajah yang berjerawat dan berparut jerawat memang memeningkan kepala kerana ia membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri kerana malu dan rendah diri apabila berhadapan di khalayak ramai, apatah lagi jika pekerjaan kita itu memerlukan kita berhadapan dengan orang ramai setiap hari dan ini agak merimaskan dan merisaukan. Faktor cuaca, kerja dan kesan dari pemakaian produk yang kurang sesuai yang mengandungi bahan kimia dan tidak sesuai dengan kulit muka juga membantu pertumbuhan jerawat dan jeragat serta meninggalkan parut jerawat yang teruk. sebelum ini telah dikongsikan tentang cara atasi kulit berjerawat dan berminyak dan di sini saya kongsikan 7 tips hilangkan parut jerawat semulajadi.



7 Tips Hilangkan Parut Jerawat Semulajadi

1. Amalkan pengambilan Vitamin E
    Pengambilan Vitamin E ternyata mampu membantu menghilangkan parut-parut jerawat malahan juga membantu menghilangkan parut-parut di badan seperti parut chicken pop, parut kemalangan, parut gigitan nyamuk dan pelbagai lagi. Ia memang sudah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh artis-artis terkenal seperti Jennifer Lopez dan ramai lagi. Ingin tahu tentang kebaikan dan khasiat Vitamin E baca lagi Rahsia kecantikkan Artis kini terbongkar


   

2. Lendir Lidah buaya (Aloe Vera)
            Ambil isi daun lidah buaya sapukan ke muka, biarkan kering dan bilas dengan air yang bersih, seeluknya dilakukan 2 kali seminggu, selain membantu menghilangkan parut jerawat ia juga turut membantu mengurangkan bintik jeragat.

3. Sapukan Tomato
         Sambil anda melakukan kerja di dapur, apa kata ambil setengah biji isi tomato yang telah diramas dan dihancurkan, sapu ke muka biarkan sehingga kering dan bilas.Selain menghilangkan parut isi tomato juga mampu membuatkan kulit muka lebih licin dan tidak berminyak.

4. Kayu Manis dan Madu
              Ambil serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu, kacau hingga sebati dan sapukan ke muka sebelum tidur, sapukan pada bekas-bekas jerawat dan biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih atau anda juga boleh biarkan sehingga keesokan paginya dan bilas.

5. Air Kelapa
            Bersihkan muka terlebih dahulu kemudian ambil air kelapa dan sapukan ke muka sehingga rata, bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu, ia dapat menyegarkan wajah di sambil merawat  kulit wajah.

6. Masker Beras
           Ambil beras dan rendam selama 1 jam, toskan tumbuk bersam kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan dengan sedikit air asam limau lipis beserta putih telur kacau sehingga benar-benar sebati dan sapukan ke muka. Bilas dengan air sejuk supaya kulit sentiasa lembab, lakukan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang bebas dari parut jerawat dan jeragat.

7. Putih telur
            Ambil putih telur dan asingkan ke dalam mangkuk dan kacau, kemudian tampalkan di muka untuk beberapa minit, biarkan sehingga benar-benar kering.Jangan bercakap dan ketawa ketika proses berlangsung ini kerana ia juga bertindak untuk menegangkan kulit wajah anda. Setelah kering bilas dengan air bersih. Lakukan 1 minggu sekali secara teratur. 

Ok, selamat mencuba dan jangan malas-malas tau..nak cantikkan?kenalah rajin sikit..tapi kalau rasa malas juga, apa kata anda cuba amalkanlah suplement yang memang bersesuaian bagi mereka yang sibuk menguruskan anak-anak dan kerjaya..Mahal?benda yang eluk dan bagus mestilah mahal betul tak?tapi kalau nak harga murah, jangan malu-malu contact saya ye..

#Ketahui khasiat yang terkandung dalam Collagen Shaklee demi untuk kecantikkan diri anda
# Tolonglah hilangkanlah minyak di wajah anda tu, nampak tak cantik la


Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 01140555522  Facebook : Haida Nordin


Sunday 15 March 2015

Cara Atasi Kulit Berjerawat Berminyak

Kulit Berjerawat dan Berminyak?

"Bukan senang nak hilangkan jerawat kerana jerawat sentiasa akan mengganggu sepanjang kehidupan kita ini namun, apa yang boleh kita usahakan ialah dengan merawat sebelum ia menjadi lebih parah dan mencari cara terbaik untuk cuba menghindarinya.
Jerawat bukan hanya mengganggu kulit remaja malah ia juga mengganggu kulit orang dewasa. Kajian menunjukkan bahawa jerawat menghantui lebih 40% dikalangan mereka yang berumur 20 hingga 29 tahun, manakala 20% bagi mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun, malah 15% bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.



Pelbagai Cara Sudah dilakukan

Mungkin sudah ada yang bosan dan bingung untuk cuba menghilangkan jerawat dan kulit berminyak, macam-macam produk sudah cuba digunakan namun, hasilnya tetap sama dan tidak memuaskan dan kalau nasib tak baik jerawat dan kulit mungkin bertukar menjadi lebih teruk serta lebih parah lagi..

 Namun..

"Setiap Penyakit Ada Ubat dan Penawarnya kecuali Mati"

Jangan sesekali anda berhenti herharap dan berputus asa,kerana melalui pengamatan saya sendiri ada sahabat-sahabat yang berjaya tampil dengan wajah yang licin tanpa jerawat dan parut jerawat serta kulit tidak lagi berminyak, cuma apa yang patut anda tahu ialah cara yang betul-betul membantu merawat dan menyelesaikan masalah kulit berjerawat dan berminyak yang sedang anda hadapi.

Monday 9 March 2015

Rambut Gugur Prosante Shaklee Membantu

Masalah Rambut Gugur yang Teruk??

              Memang memeningkan kepala dan merisaukan apabila rambut gugur dengan banyaknya sampai tak terkira. Apatah lagi setelah mencuba pelbagai kaedah, rawatan moden dan rawatan traditional serta petua orang lama dan tak lupa juga mencuba pelbagai jenis produk yang ada di pasaran serta produk yang disarankan oleh kawan-kawan dan saudara terdekat.

Menjadi bahan gurauan rakan

Aduh, sakitnya hati apabila sering ditertawa dan dipersenda apabila berkumpul atau sesekali berjumpa, Sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu apabila masalah rambut kita menjadi bahan gurauan rakan mahupun saudara yang tidak memahami masalah yang dialami. Mampu tersenyum dan pasrah namun jauh di sudut hati sedikit sebanyak terguis sebenarnya, tapi apa yang mampu dilakukan hanya diam dan teruskan bersabar.




Rambut Gugur mengganggu emosi 

      Puas saya mencuba pelbagai produk yang ada di pasaran dan mengamalkan petua orang lama yang disarankan kepada saya oleh kawan-kawan dan juga saudara yang perihatin namun, semuanya tidak menampakkan hasil yang saya inginkan. Cuba memujuk hati dengan menanamkan semangat dan keazaman untuk terus mencuba dan mencari penawar yang terbaik demi untuk memperbaiki penampilan diri sendiri dan demi memupuk kembali semangat yang hilang dek kerana emosi yang tidak stabil. 



Pengalaman diri sendiri dan rakan pengguna

        Sebagai seorang isteri yang mahu kelihatan menawan dan cantik kepada si suami, masalah rambut gugur ini, benar-benar membuatkan saya agak tertekan. Rambut yang sihat dan lebat bertukar gugur dengan banyaknya setelah melahirkan anak pertama dan masalah rambut gugur ini bertambah kusut apabila saya melahirkan anak yang kedua. Mula-mula saya tak risau sangat kerana ada yang mengatakan ianya perubahan hormon, namun setelah beberapa tahun ia menjadi bertambah serius sehingga rambut baru yang tumbuh menjadi uban dan ini membuatkan saya lebih tertekan kerana pada usia yang muda rambut saya dah beruban.

           Ini adalah sebahagian kisah dan pengalaman diri sendiri, sahabat dan rakan-rakan yang pernah mengalami masalah rambut gugur yang teruk seperti saya, yang mana telah dikongsikan oleh mereka sebelum dan selepas mencuba Produk Prosante dari Shaklee. Ada yang lelaki dan ada juga yang perempuan, ada yang muda dan tua masalahnya sama rambut gugur dengan teruknya hingga menampakkan kulit kepala dan mengganggu emosi serta membunuh semangat diri sendiri. Alhamdulillah, kini tidak lagi setelah mengamalkan produk prosante Shaklee. Nak shampoo pun dah tak takut, kalau tak memang menakutkan apabila melihat rambut yang berguguran di lantai.


Kebaikan Produk Prosante Shaklee





Perkara paling utama yang wajib dalam pemilihan shampoo ialah memilih shampoo yang sesuai dengan rambut dan masalah yang dialami.
Produk Prosante Shaklee ini bebas kimia dan selamat digunakan, jadi buang kerisauan anda jauh-jauh ye.



Revitalizing Shampoo 
1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
2. Memberikan perlindungan UV

3. Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut


Purifying Shampoo
1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa produk fesyen rambut, pengumpulan     mineral dan bahan cemar persekitaran lain
2. Membekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan    
    warna rambut
3. Mengawal lapisan kulit supaya lebih sihat dan menyingkirkan kelumumur

Replenishing Conditioner
1. Perapi dan pelembut rambut yang pekat bagi rambut yang berkilat bak sutera
2. Memperbaiki kerosakan pada ramut dan memperbaiki hujung rambuut bercabang
3. Menguatkan rambut dengan protien dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Lightweight Conditioner
1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
3. Menghilangkan kesan statik supaya rambut mudah digayakan

Long Lasting Finishing Spray
1. 'Medium hold' memastikan gaya rambut tidak berubah
2. Memberikan perlindungan UV
3. Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan dan rambut yang mudah kusut

Nourishing Scalp Treatment
1. Membantu menyelesaikan semua masalah rambut dengan membekalkan serum yang           amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran , menentang faktor  
    persekitaran
    yang merosakkan dan membekalkan khasiat kepada kulit kepala
2. Vitamin antioksida iaitu A, E dan Koenzim Q10 yang melindungi daripada kerosakan  
    akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran
2. Membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda
3. Tidak perlu dibilas dan memudahkan anda mengayakannya
4. Tidak melekit dan berminyak
5. Prosante Nourishing Scalp Treatment merupakan formulasi eksklusif yang terbukti  
    mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat, melebatkan serta
    menguatkan rambut secara selamat dan semulajadi  

Testimoni Pengguna Set Rambut Gugur Prosante Shaklee







Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah boleh terus berhubung dengan saya melalui :

WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin