Thursday 21 August 2014

Mencegah merawat dan menghindari kanser

Apa itu kanser?

Anggaran daripada World cancer report sebanyak 50% iaitu bersamaan dengan 15 juta orang peningkatan jumlah pesakit kanser menjelang tahun 2020 di seluruh dunia.Kanser merupakan pembunuh utama yang membunuh secara senyap.Kanser juga amat susah dan sukar untuk dikesan pada awal permulaannya.Jadi kita memang digalakkan supaya mencegah dan menghindari kanser sebelum kita disahkan menghidapi kanser.Apa yang amat merisaukan kita, penyakit kanser ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan cara yang pelbagai.Justeru itu, kita dinasihatkan supaya menitik beratkan penjagaan kesihatan kita dan kesihatan keluarga serta mencegah dan menghindari dari menjadi mangsa kanser baca lagi..betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan insan tersayang

Kanser merupakan penyakit yang berkaitan dengan sel.Badan kita terdiri daripada berjuta sel dan ianya akan mati dan tercedara disebabkan faktor umur yang meningkat.Sel-sel ini akan berganti dengan sel-sel yang baru namun ada juga sel-sel yang tidak normal akan bertambah dan mengembang tanpa henti.Keadaan ini disebabkan kurangnya khasiat yang diperlukan tubuh badan untuk memperbaharui sel yang telah mati atau yang tercedera.Ia akan menyebabkan sel-sel yang tidak normal hidup lebih lama dari sel-sel yang normal serta sel-sel yang tidak normal pula akan membentuk sel-sel yang baru yang tidak normal juga.

DNA sepatutnya bekerja untuk menghasilkan sel-sel yang baru, namun jika badan tidak mendapat khasiat yang terbaik dan tidak mencukupi maka sel-sel yang dihasilkan juga kurang baik, ini akan mengeruhkan lagi keadaan pesakit kenser kerana semakin lama semakin banyak sel-sel kanser diaktifkan.





Tahukah anda apakah yang menyebabkan kanser?

1) Faktor Genetik - faktor keturunan(kehadiran gen-gen tertentu) yang boleh menyebabkan adanya ketumbuhan.
2) Faktor persekitaran - Pendedahan kepada sinar tertentu seperti bahan kimia
3) Jangkitan virus - Terdedah kepada virus atau dijangkiti virus tertentu
4) Perokok - Perokok tegar dan perokok pasif(individu yang tidak merokok namun terdedah kepada asap rokok)
5) Radikal bebas - pemusnahan atau pengubahan hasil daripada metabolisme tubuh baca lagi mengenai radikal bebas


Jenis-jenis kanser 

Kanser merupakan pembunuh di antara yang teratas di dunia, kanser juga merupakan salah satu punca kematian global dengan angka mencapai sebanyak 13 peratus bersamaan dengan 7.4 juta daripada punca kematian setiap tahun.baca lagi tentang jenis-jenis kanser

 Antara kanser yang biasa menyerang kaum lelaki ialah : 
1) kanser paru-paru
2) kanser perut
3) Kanser hati
4) kanser usus
5) Kanser esofagus(kerongkong)

Antara kanser yang biasa menyerang kaum wanita ialah :
 1) Kanser payudara
 2) Kanser paru-paru
3) Kanser perut
4) Kanser kolorektal
5) Kanser serviks

Cara mencegah, merawat dan menghindari kanser