Monday 30 March 2015

Memberikan Nama Anak Mengikut Islam

Panduan Menamakan Anak dan Hukumnya

           Tidak dinafikan bahawa ibubapalah insan yang paling gembira tatkala diberitakan yang si isteri sah mengandung. Terbayang detik kebahagian yang bakal tiba dan syukur dipanjatkan buat yang Maha Esa. Setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka lantas diikhtiarkan apa yang termampu untuk membahagiakan si anak yang bakal lahir menjengah dunia. Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan si anak lahir dengan sempurna dan diberikan keperluan secukupnya.

               Dalam keghairahan menyiapkan kelengkapan untuk bakal anak tersayang, pencarian nama adalah paling utama, kerana nama yang istimewa ini akan terpahat hingga ke syurga kelak. Namun, begitu adakah ibu bapa peka dengan makna yang bakal dinamkan buat anak mereka kelak? ini kerana nama juga merupakan simbol yang khusus yang mana dengan nama juga mampu membezakan anak itu islam atau bukan islam. Nama juga amat mempengaruhi perangai dan keperibadian serta mencerminkan sikap sesorang anak itu. 


Trend Terkini Menamakan Anak 


               Menjadi trend ibubapa di masa kini dengan meletakkan nama yang panjang dan berbelit-belit untuk disebut dan untuk ditulis. Ini juga menimbulkan masalah pada masa akan datang ketika ingin melangsungkan pernikahan, kesian kat pengantin lelaki dah lah nervous tengok orang ramai-ramai, nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami lagi dah tu nama bakal si isteri pulak agak susah disebut dan panjang berjela, berbelit jugalah lidah pak imam nak menyebutnya. Nama anak yang panjang juga amat menyukarkan guru yang perlu menulis nama dengan panjangnya dalam buku rekod dan dalam sistem perekodan di sekolah dan nak menyebutnya juga mendatangkan masalah buat guru. Ibubapa juga perlulah memikirrkan semula dan cuba mengelakkannya ini kerana jika tersalah sebut nama ianya boleh mengubah makna yang baik kepada yang tidak baik, nauzubillah. Oleh itu, islam telah meletakkan garis panduan dalam memberikan nama anak mengikut cara yang disarankan islam. 
 

Namakan dengan cara yang disarankan oleh islam


                    Mengikut Imam Nawawi Rahimahullah sunat memberikan nama anak pada hari ketujuh kelahiran atau hari pertama dilahirkan begitu juga sunat diberikan nama anak yang telah meninggal sebelum sempat tujuh hari kelahiran. Sunat juga memberikan nama buat anak yang telah gugur dalam kandungan sebelum sempat dilahirkan, di mana anak ini telah ditiupkan rohnya jadi memberikan nama buatnya adalah sunat dilakukan. Beruntungnya ibubapa ini kerana anak ini akan menunggu kalian di akhirat kelak lantas menjemput dan memimpin tangan kalian untuk masuk ke syurga bersama mereka.

Cara Menamakan Anak Mengikut Cara Islam


 Disunatkan memberikan nama yang baik-baik

 Harus memberikan nama sempena nama para nabi Nuh, Sulaiman, Muhammad dan lain-lain

 Memberikan nama dengan makna yang baik-baik

 Mengikut Imam Syafi'e harus menamakan anak dengan nama-nama malaikat

 Makruh menamakan anak dengan nama yang buruk seperti zalim, syaitan, Murrah, Harb dan  lain-lain

Ulama' bersepakat bahawa menamakan anak dengan nama-nama yang menunjukkan pengabdian   kepada  kuasa lain selain Allah s.w.t. seperti Abdul Kaabah, Abdul Nabi ataupun Abdul Uzza hukumnya adalah haram

Elakkan dan jauhi dari memberikan nama anak seperti orang bukan islam 

Tidak memberikan nama anak dengan nama yang memberikan makna yang lemah, berputus asa, sedih

Disunatkan mengubah nama-nama yang tidak baik kepada nama dan makna yang lebih baik ini kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah mnegubah nama seorang wanita kepada nama dan makna yang lebih cantik Ashiah (Perempuan yang ingkar) kepada Jamilah (Perempuan yang cantik)

 Tidak memanggil dengan nama singkatan kerana ia boleh mengubah makna nama tersebut contohnya Aisyah..kita panggil syah so hilanglah maknanya yang indah itu

Memanggil dengan panggilan yang baik-baik kerana ia merupakan doa


Nama Yang Baik Mencerminkan Keperibadian Seseorang

          Oleh itu sebagai ibubapa menjadi tanggungjawab kita memberikan nama yang cantik yang mengambarkan makna yang cantik dan baik untuk anak-anak kita.Tidak wajar dan tidak baik untuk mencontohi nama-nama seperti orang bukan islam jika kita hanya ingin mencari glamour sedangkan nama yang bakal kita panggil setiap hari merupakan doa buat si anak. Juga tidak perlulah kita bersikap tamak dalam memberikan nama yang terbaik buat anak-anak kita, dengan memberikan nama  yang panjang hingga susah disebut dan menyusahkan orang ramai dan ini akan lebih menyusahkan anak-anak kita.

         Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan buat kita semua yang bergelar ibubapa. Akhir kata, jagalah anak yang telah diamanahkan Allah ini dengan sebaik mungkin dan ajarilah mereka dengan ilmu dunia serta ilmu akhirat yang lebih utama, jangan sampai kita pula dipersalahkan oleh mereka di akhirat kelak kerana telah mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab kita kepada mereka..Nauzubillahi min zalik..


Panadol Punca Baby Jadi Hyperaktif? takutnya..
#Set Kehamilan yang hebat untuk diamalkan buat yang bakalbergelar ibu..
#Ketahui Tips Banyakkan susu Ibu..
#Ketahui rahsia..Tampil Kurus dan Langsing Selepas Pantang..
                       
Untuk maklumat lanjut mengenai kefahaman produk / pembelian produk / keahlian shaklee / ingin jana pendapatan dari rumah, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui :


WhatsApp : 0182064760  Facebook : Haida Nordin





2 comments: