Sunday 12 October 2014

Mencari Keindahan Syurga Dunia

Indahnya Syurga Dunia

Semua orang yang hidup di dunia ini mengharapkan dan mengimpikan kehidupan yang menggembirakan dan membahagiakan bersama insan tersayang, bersama suami, anak-anak, ibubapa, adik-beradik dan sanak-saudara. Kehidupan yang dianugerahkan ini amatlah berharga dan jangan sesekali dipersiakan, kerana masa yang berlalu tidak akan berulang semula.  

Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan, ianya memerlukan pengorbanan, usaha dan daya tahan yang jitu serta semangat juang yang tinggi untuk menharungi dan menghadapi kehidupan yang mendatang. Jika tahu caranya maka ia lebih mudah untuk diaplikasikannya bersama insan-insan tersayang dalam menjalani hari-hari yang berikutnya.

Bahagia bukan sahaja dalam bentuk keuwangan dan harta namun lebih kepada kesihatan keluarga dan kebahagiaan rumahtangga.baca lagi cara memastikan kesihatan keluarga sebagai anugerah terindah Ada harta banyak tapi keluarga haru-biru, bercakaran dan sering bergaduh serta tiada perasaan saling hormat-menghormati antara suami isteri dan anak-anak, syariat allah dibuang ke tepi maka ketahuilah bahawa kemurkaan Allah pasti menanti.


IMAN dan ISLAM menjadi tunjang dan pasak

Sebagaimana yang kita ketahui agama Islam amatlah mementingkan iman dan islam dalam mentadbir urus sesebuah kehidupan di dunia ini agar hidup lebih bermakna dan diberkati hendaknya. Begitu juga dengan institusi negara dan kerajaan iman dan islam ini perlulah menjadi tunjang yang teguh dalam meamastikan kehidupan di dunia lebih bermakna dan bahagia. Institusi sesebuah keluarga juga pelukan asas iman dan islam yang teguh bagi menjamin kehidupan keluarga supaya lebih sejahtera dan aman damai.Jika semua ahli keluarga mengamalkannaya dan menjaga hubungan dengan si penciptanya, yakinlah tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dan segalanya akan berjalan lancar.

Semua ibubapa haruslah memperkenalkan Iman dan Islam buat anak-anak dan keluarga, agar ia menjadi pegangan hidup sepanjang masa.Ajarkanlah anak-anak anda cara solat yang terbaik, berpuasa mengikut syariat, banyakkan bersedekah, mengamalkan perkara-perkara yang wajib dengan dengan cara yang terbaik, mengamalkan perkara-perkara sunat yang menjadi amalan baginda nabi Muhammad s.a.w. supaya kehidupan dan peribadi beliau menjadi contoh teladan kita dan anak-anak.

SYARIAT ALLAH jadi LANDASAN

Islam itu syumul,meliputi semua,mengandungi semua,semuanya terkandung dalam ajaran islam.Syariat islam sangat lengkap dan sempurna,maka jadikanlah syariat islam sebagai pegangan hidup, hiduplah dengan mengamalkan apa yang dihalalkan oleh syariah islam, namun jauhkan diri dan keluarga dari apa yang dilarang dan ditegah oleh syariah islam. Alangkah ruginya jika kita sekeluarga tidak mengamalkannya, maka jauhlah kita dari bahagia syurga Allah di dunia ini.

Sentiasa mengingatkan diri dan anak-anak dari kemurkaan Allah yang tidak diingini, hidup ini sebentar sahaja jadikanlah hidup ini sebagai satu cara mencari redha Allah sebelum kita dihidupkan semula di Akhirat kelak.Alangkah gembira dan bahagianya jika kita boleh hidup bersam-sama di syurga Allah nanti, yang kekal selama-lamanya.Pasti kita akan merasa rugi jika kita sebagai ibubapa tidak dapat memberikan yang terbaik sebagai bekalan anak-anak ke syurga Allah nanti.

Amlakanlah solat berjemaah bersama keluarga dan anak-anak, mengaji Al-Quran bersama-sama, beriadah bersama,membawa anak-anak ke masjid untuk tunaikan solat berjamaah, cakap perkara-perkara yang baik sahaja, selalulah nasihat-menasihati mereka.Kalau ini lah yang kita amalkan pasti Allah memandang kita dengan penuh kasih-sayang.




                         ADAB dan AKHLAK mulia DIPERAKTIKKAN


Sudah semestinya kita sebagai hamba Allah perlulah mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang tenyata hebat dan terbaik untuk dijadikan panduan dan contoh teladan untuk kehidupan di dunia yang lebih bermakna dalam mencari syurga di dunia ini.

 Sebagi ibubapa kita haruslah memperkenalkan dan menceritakan tentang akhlak-akhlak dan kehebatan serta keperibadian Nabi Muhammad s.a.w supaya dijadikan teladan dan menjadi sumber kekuatan dan idola anak-anak kita.Supaya akhlak anak-anak kita pun menjadi sehebat Baginda yang menyejukkan mata memandang dan menyenangkan hati tatkala bersua muka, in sya allah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji". dan kemudian Baginda telah membuktikkan bahawa Beliau benar-benar menjadi sumber teladan terbaik, terhebat ,terindah, termulia dan terlengkap menapati setiap sisi kehidupan.

Suka benar saya baca cerita-cerita dan kisah-kisah Nabi muhammad s.a.w. sangat memberi inspirasi dan menjadi motivasi, terasa rindu benar pada Baginda dan teringin sangat nak bersua melihat wajah Baginda..in sya allah jom kita usaha bersama mencapai dan mencari redha Allah di dunia dan di Akhirat kelak, amin.Jadi sediakanlah syurga di dunia dahulu supaya lebih mudah kita menggapai Syurga Allah kelak in sya allah.







No comments:

Post a Comment