Tuesday 2 September 2014

Turun 6kg dengan slimming set

 Kenapa perlu berlapar?

                    Dalam masa 1 bulan saya menggunakan produk shaklee slimming set dan alhamdulillah saya berjaya hilang 6 kilogram daripada berat badan saya tanpa perlu bersenam dan tidak perlu berlapar menahan nafsu makan. Saya just minum 1 scoop cinch setiap pagi yang dibancuh dengan air sejuk.Manakala setelah selesai makan tengahari atau setelah makan makanan yang berat macam nasi dan roti saya akan telan lecithin 2 atau 3 biji bergantung pada jumlah yang saya rasa perlu untuk sental lemak-lemak yang terkandung dalam makanan yang saya makan. Begitu juga pada waktu malam, kalau terasa lapar saya akan makan apa-apa yang saya rasa nak makan macam nasi ke apa-apa ke tapi saya akan pastikan yang saya perlu telan lecithin 2 atau 3 biji selepas makan.

                   Jujur saya katakan mulanya saya tidak percaya dengan produk shaklee slimming set ini, kerana banyak produk pelansingan badan yang sudah saya cuba namun ttidak berkesan dan tidak berjaya. Ada produk yang buatkan saya berpeluh-peluh, berdebar-debar, jantung bergerak pantas dan ada juga yang menyebabkan rambut saya gugur dengan banyaknya. Tak kurang juga ada produk yang menurunkan berat badan saya namun, seteleh berhenti mengamalkan produk tersebut kesannya badan saya lagi menjadi-menjadi naik timbangannya.Lagi bertambah pening jadinya.


Shaklee slimming set (full set & bajet set)


                   Sehinggalah pada suatu hari suami saya memberitahu yang dia telah membeli set resdung dari shaklee dan akan cuba menggunakannya setelah mendapat nasihat dari sahabatnya.Alhamdulillah penyakit resdungnya semakin baik dan berkurangan hanya dengan botol yang pertama lantas kami mengambil keputusan untuk menjadi ahli shaklee sendiri kerana harganya lebih murah. kalau anda ada masalah resdung bolehlah rujuk atau hubungi saya.Maka melihatkan keberkesanan produk-produk shaklee ini,lantas saya memasang cita-cita untuk mencuba shaklee slimming set (full set) ini.Saya berfikir lama kerana telah banyak produk pelangsingan yang sudah say cuba namun saya cuba memujuk diri ini dan memberanikan diri agar memberi peluang kepada diri sendiri dan cuba mempercayai produk shaklee slimming set ini.

Turun 3kilogram pada awalnya


                   Alhamdulillah setelah sebulan saya consume shaklee slimming set ini, nyata ada perubahan walaupun sedikit namun memberi harapan. Saya turun 3kilogram pada awalnya walaupun saya tak begitu fokus dalam mengamalkan shaklee slimming set pada waktu itu, ada time saya minum ada time saya lupa. Setelah melihat ada perubahan maka saya terus pasangkan niat supaya consume shaklee slimming set ini dengan bersungguh-sungguh, hinggalah berat badan saya turun sebanyak 5kilogram. Saya rasa amat seronok dan gembira,mana taknya bukan senang nak turun berat badan ni, naik badan memang senangla huhu.

Berat turun lagi

                   Oleh kerana sudah turun sebanyak 5 kilogram, saya berhenti minum shaklee slimming set (full set) kerana saya nak cuba consume dengan shaklee slimming bajet set pula iaitu 1. Lecithin dan 2. Herb-lax sahaja. Alhamdulillah berat badan saya tak naik dan tak turun,namun maintain dan kekal begitu serta nafsu makan saya pun macam biasa sahaja tak bertambah mendadak tak seperti produk lain yang pernah saya cuba.Apabila berhenti mulalah makan tak ingat dunia. Jadi memang benarlah shaklee slimming bajet set memang membantu membakar lemak yang kita makan dan menyah toksin-toksin dalam badan yang baru sahaja terbentuk namun hasilnya tak sehebat shaklee slimming full set. Baca lagi mengenai shaklee slimming set (bajet set) tapi ada orang sesuai, walaupun hanya amalkan shaklee slimming set (bajet set) masih boleh turunkan berat badan, jadi terpulanglah kesesuaian pada badan sesorang itu.

                  Pada pandangan saya shaklee slimming bajet set ini sesuai untuk mereka-mereka yang ingin mengekalkan bentuk badan dan memastikan berat badan yang ideal. Maknanya kalau betul-betul nak turunkan berat badan dan buang lemak-lemak yang dah lama bersarang dalam badan kita ni, tidak dapat tidak kita perlulah mengambil shaklee slimming full set kerana ia lebih pakar dan arif dalam membantu menurunkan berat badan yang sudah lama bersarang. Yang beratnya sudah melebihi 5,6kilogram atau 20kilogram ke atas, saya sarankan anda amalkan shaklee sliming set (full set) ini terus dan consume betul-betul kerana ia memang dicipta khas untuk mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.Baca lagi mengenai shaklee slimming set (full set)


Turun lagi..dan lagi..


                  Setelah seminggu mengamalkan shaklee slimming set (full set) kembali, berat badan saya sudah berkurangan sebanyak 6 kilogram, alhamdulillah syukur sangat-sangat. Matlamat saya masih jauh lagi jadi saya masih perlu terus mengamalkannya kerana saya mahu hilangkan berat badan saya sebanyak mana yang boleh kerana saya ingin menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bermakna bersama-sama keluarga tercinta. Bahagia rasa bila berat badan turun, rasa ringan je.

                 Apa yang paling membuatkan saya jatuh hati dengan shaklee slimming set (full set) ini, ia membantu menyelesaikan masalah dari dalam kerana, apabila kita consume shaklee slimming set (full set) ini betul-betul, lama-kelamaan perut anda akan belajar supaya makan sedikit dan akan cepat berasa kenyang. Jadi lama-kelamaan anda akan terbiasa makan sedikit sahaja. Itulah sebabnya badan anda tak akan mudah naik walaupun setelah anda berhenti dari mengamalkannya kelak in sya allah.

                 Shaklee slimming set (full set) ini merupakan produk pertama yang saya benar-benar teruja nak guna sangat-sangat sebabnya selepas melahirkan dua orang anak, badan saya naik dan selera makan pula makin menjadi-jadi, mulut ni asyik rasa nak mengunyah je.So alhamdulillah ada perubahan setelah mengamalkan shaklee slimming set ini, walaupun pada awalnya saya tak begitu konsisten namun masih menampakkan perubahan dan hasil, dan setelah menyedari ia amat berkesan, kini saya mengamalkannya dengan bersunguh-sungguh supaya kesannya lebih cepat berkesan.

                 Saya pengguna shaklee yang setia..bermula dengan membaca dan mengamati pengalaman teman-teman dan orang lain yang pernah menggunakan produk shaklee..kini saya telah menggunakan produk-produk shaklee itu sendiri untuk membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan saya serta keluarga saya.Kini saya berkongsi kegembiraan ini dengan teman-teman dan anda semua.

                 Testimoni

                               










Ramai yang sudah berjaya..apakata kita beri peluang pula pada diri kita. Tak salah mencuba dan berusaha yang salahnya bila kita tak berusaha dan berputus asa..

Saya tahu ramai yang sudah mencuba pelbagai produk di luar sana, dan sudah berputus asa namun, adat orang meniaga,kita nak meniaga orang pun nak meniaga..orang buat produk,kita pun nak buat produk..nasihat saya jangan cepat terpedaya dengan produk-produk di luar sana..gunalah produk yang berkesan,semulajadi dan selamat.

Saya berani jamin, tiada produk yang boleh turunkan berat badan dengan cepat jika tiada effect dan kesan yang tak baik pada badan kita nanti..kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.



Cantik Bergaya dengan Shaklee




Sebarang pembelian@pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada saya ( Haida) :

http://www.facebook.com/haida83
pm/sms/whatsApp : 0182064760
E-mail : inspirasihaida@gmail.com


No comments:

Post a Comment